Inisiatif

Peristiwa
4/11/22

KENYATAAN MEDIA: Bercuti dari tugasan rasmi atas kapasiti masing-masing

KENYATAAN MEDIA

4hb November 2022

Dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang telah bersidang pada hari Rabu, 2 November 2022 telah bersetuju dengan ketetapan bahawa Ahli-ahli MMKN Selangor yang akan terlibat secara langsung selaku calon Pakatan Harapan untuk Pilihanraya Umum Ke-15 bermula dari Hari Penamaan Calon pada 5 November 2022 sehingga 19 November 2022 akan datang, iaitu:

(i) YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor merangkap calon parlimen bagi kerusi P098 Gombak;

(ii) YB Puan Hajah Rodziah Ismail, EXCO Selangor merangkap calon bagi kerusi P099 Ampang; serta

(iii) YB Tuan Ganabatirau Veraman, EXCO Selangor merangkap calon bagi kerusi P110 Klang;

akan bercuti dari tugasan rasmi atas kapasiti masing-masing (kecuali hari yang ditetapkan untuk MMKN) di dalam Kerajaan Negeri bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh Pilihanraya Umum berlangsung.

SEKRETARIAT AKHBAR

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.