Inisiatif

Terkini
4/11/23

Kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG)

Seramai 2,856 pekebun kecil disasar terlibat dalam penerokaan 8,492 hektar ladang getah tidak bertoreh di Selangor dalam kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG). Kempen ini penting bagi memastikan sasaran pendapatan keluarga kolektif RM4,500 sebulan menjelang akhir 2025.

Kempen ini akan digerakkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Pelbagai pakej bantuan akan ditawar untuk merangsang pengeluaran hasil getah pekebun kecil meliputi peringkat satu hingga lima dengan penambahan bantuan Skim Getah Matang (SGM) Tanam Semula Getah.

Satu inisiatif yang baik demi kesejahteraan komuniti pekebun kecil. Moga kempen ini terlaksana dengan jaya demi kebaikan dan kemakmuran rakyat negeri ini.

#KitaSelangor

May be an image of 1 person and text that says '#KitaSelangor GERAKAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH (GPPG) MEMASTIKAN SASARAN PENDAPATAN KELUARGA KOLEKTIF RM4,500 SEBULAN MENJELANG AKHIR 2025'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.