Kawasan Zon Merah Kes COVID-19 Di Selangor Mengikut Mukim 25 April 2020
Tiada perubahan ketara bagi Zon Merah dan Zon Kuning pada hari ini, situasi masih terkawal serta terjaga. Namun terdapat 1 kes kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 kematian. Semoga keluarga mangsa kuat menghadapi dugaan ini.
Berita juga melaporkan ada sebahagian orang di Zon Hijau yang mengambil mudah PKP atas keyakinan bahawa situasi telah selamat di kawasan mereka. Sikap sebegini sebenarnya boleh membahayakan semula keadaan sekarang yang semakin baik.
Kerisauan terbesar adalah pesakit tidak bersimptom (asymptomatic) akan menyebar luas jangkitan ini tanpa disedari dan menyebabkan perebakan wabak tercetus semula. Jadi tolong patuh PKP dan jaga kebersihan diri, perkara ini adalah untuk kesenangan kita semua juga pada masa hadapan.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
Nota: Laporan kali ini menggunakan format pemetaan kes aktif mengikut mukim yang baru. Perubahan data di Hulu Langat dan Petaling disebabkan oleh kes baru dan pindahan kes antara daerah. Data kes luar negara/import tidak diletakkan di dalam daerah/mukim.
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19