Jumlah Taburan Keseluruhan Covid-19 di Malaysia 22 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut kami di Kerajaan Negeri Selangor ingin berkongsi makluman dari KKM mengenai jumlah taburan kes Covid-19 di Malaysia setakat 22 Mei 2020.
Jumlah kes positif adalah sebanyak 7,137 bersamaan (1.45%) daripada 491,729 individu yang disampel.
Jumlah kes positif baru adalah sebanyak 78, lebih tinggi berbanding statistik 2 hari sebelumnya. Namun, peningkatan kes positif pada hari ini didorong oleh Kluster DTI yang melaporkan 25 kes baru dan kes import (25 kes baru).
Kenaikan kes Covid-19 yang mendadak hari ini menandakan yang ramai Rakyat tidak mematuhi PKPB dan mementingkan diri sendiri dengan merentas negeri lantas menyebabkan lebih ramai terjangkit dengan wabak Covid-19.
Perbuatan anda semua membahayakan nyawa orang lain. Nilai kembali peranan kita dalam masyarakat dan berkorbanlah untuk kesejahteraan sejagat.
#SelangorGempurCovid19