Jumlah Pecahan Kes Covid-19 Mengikut Negeri bertarikh 9 Mei 2020
Asalamaualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan dari KKM tentang pecahan kes Covid-19 di Malaysia mengikut negeri bertarikh 9 Mei 2020.
Walaupun arahan YAB PM untuk melanjutkan PKPB ke bulan Jun,pergerakan antara negeri masih terbatas dan dikawal ketat. Terutama kawasan PKPD.
Korbankan keriangan Raya tahun ini demi kesihatan mereka yang tersayang. Jangan tinggalkan Norma Baharu dan pesan pada sanak saudara agar membatalkan rancangan untuk balik kampung demi kesejahteraan semua.
#SelangorGempurCovid19
Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya yang dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 23 Mei:
• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.
• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.
• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.