Jumlah Kes Covid-19 Discaj Kini 5,223. Tahniah dan Terima Kasih KKM!
Asslamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada para petugas perubatan KKM yang telah berjaya merawat 5,223 kes setakat 12 Mei 2020. Terus maju KKM dan harap kita semua dapat memainkan peranan kita dalam mencegah wabak Covid-19 menular sekali lagi.
#SelangorGempurCovid19
Dari KKM:
KESELURUHAN KES DISCAJ, 12 Mei
Sebanyak 110 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 5,223.
Tahniah kepada barisan hadapan KKM, yang terlibat secara langsung ataupun tidak, yang berjaga siang dan malam, yang bekerja di bulan puasa! KKM tidak dapat membalas jasa anda, tapi KKM sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anda semua!