Media

COVID-19
27/4/20
Isu
Negara

"Jika Kita Leka, Bila-Bila Masa Kita Akan Dijangkiti" - Datuk Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya dan pasukan Dato' Menteri Besar Selangor ingin berkongsi pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham mengenai sikap rakyat Malaysia yang leka dan tidak mengambil berat bahaya wabak Covid-19 yang masih ada di persekitaran kita.

"Masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk zon hijau pula mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM. Perang ini masih belum tamat. Jika kita leka, bila-bila masa sahaja kita akan dijangkiti. Tolong, patuh pada PKP. Duduk dirumah, dan amalkan kebersihan diri. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun" - KP Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Bersama kita teruskan amalan-amalan yang boleh menyelamatkan nyawa kita dan mereka di sekeliling kita.

#SelangorGempurCovid19


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.