Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor
Bermula Jun ini, Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor akan ke 9 daerah negeri ini untuk menawarkan 10,000 peluang pekerjaan. Inisiatif ini dijayakan oleh Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kira-kira 200 syarikat daripada pelbagai sektor akan menyertai jelajah ini. Jelajah karnival ini akan berakhir pada Disember. Rakyat Selangor yang sedang mencari pekerjaan boleh memanfaatkan peluang keemasan ini.
