Inisiatif

Terkini
7/3/20
Isu

Isu Parkir di Hospital Serdang

Salam semua. Kami di Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia Holdings Sdn Bhd bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Serdang. Kami telah menyampaikan kepada pihak hospital agar meneliti secara terperinci berhubung isu berkenaan.

Kami semua di pejabat Dato’ Seri Amirudin Shari amat berharap kerjasama yang dijalin mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Saya telah diberikan taklimat dan semua berjalan lancar, namun kita kena melihat aspek tambahan terutama dari segi persediaan hospital menerima limpahan pekerja serta pesakit pada masa hadapan. Isu ini diutarakan semasa  lawatan kerja ke tapak pembinaan Pusat Kardiologi Hospital Serdang projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Selangor.

Turut serta melawat ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamad Amin Ahmad Ahya; Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Dato’ Nor Azmie Diron dan beberapa EXCO Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.