Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor
Patik yang mewakili rakyat jelata, kepimpinan serta pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya bersempena Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ke-74.
Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kepada Allah Subhanu wa Taa’la kerana diberi Izin oleh-Nya untuk dinaungi kedaulatan Tuanku Sultan. Patik-patik sekalian senantiasa mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri serta kerabat DiRaja Negeri Selangor dikurniakan dan dilimpahi rahmat, kemuliaan serta kesihatan yang baik hendaknya.
Daulat Tuanku.