INTIPATI #SELANGOR2020: BAS SMART SELANGOR
Perkhidmatan kesemua 130 buah bas Smart Selangor di 41 laluan akan diteruskan pada tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk melaksanakan beberapa penambahbaikan.
Antaranya sistem "Tap To Ride" menggunakan MyKad yang dibangunkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) bagi membolehkan warganegara Malaysia terus menikmati perkhidmatan percuma.
Untuk warga asing pula, caj sebanyak RM1 akan dikenakan. Wang yang dikutip akan digunakan untuk tujuan penyelenggaraan dan penambahan jumlah bas di masa akan datang.