Media

Siaran Akhbar
22/6/20

Infografik Sumber Makanan Tinggi Omega Dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi  makluman dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengenai sumber makanan yang mengandungi nutrien omega yang tinggi. Harap warga Selangor dapat memanfaat perkongsian ini.

Tubuh manusia boleh menghasilkan kebanyakan jenis lemak, namun bukan Omega-3. Omega-3 adalah sangat penting pada tubuh badan dan hanya boleh didapati dari sumber makanan seperti kekacang, ikan dan lain-lain.

Omega 3 dikenali sebagai mineral yang membantu tumbesaran otak kanak-kanak dan beberapa fungsi tertentu termasuk kawalan penyakit jantung, diabetes, penurunan berat badan dan kesihatan kulit.

Satu kajian NIH mendapati pesakit jantung yang mengambil 1 gram Omega-3 setiap hari dapat mengurangkan risiko serangan jantung atau strok kali ke dua sebanyak 50%.

-Sumber : Pemakanan JKN Selangor-

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.