Infografik Mengenai Jangkitan Covid-19 Ketika Hamil oleh KKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut ingin saya kongsikan makluman dari KKM mengenai keadaan dan pengendalian mereka yang hamil terutama yang dalam trimester ke-3.
Menurut KKM, kehamilan tidak meningkatkan risiko ibu untuk dijangkiti COVID-19,namun langkah-langkah pencegahan jangkitan perlu diambil berat dan diamalkan.
Tiada risiko jangkitan ibu kepada anak dalam kandungan atau menyebabkan kecacatan bayi, namun penjagaan selepas bersalin adalah penting mencegah jangkitan kepada bayi.
