Infografik Bagaimana Covid-19 Berjangkit dan Kepentingan Self-Quarantine
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sila ambil perhatian infografik yang disediakan oleh Public Health Malaysia tentang bagaimana Covid-19 boleh berjangkit dan bagaimana proses self-quarantine dalam tempoh 14 hari boleh menyelamatkan bukan sahaja nyawa anda dan mereka yang anda sayangi, malah seluruh warga Malaysia.
Dipetik dari FB Public Health Malaysia:
i) Jangkitan boleh berlaku jika kita duduk rapat rapat.
Batuk/bersin dari Individu yang telah bergejala boleh terkena kita. Titisan air dari batuk itu yang ada virus Covid 19 ya
ii) Individu yang terkena jangkitan hanya akan mempunyai gejala beberapa hari kemudian. Ini adalah tempoh pengeraman virus
ii) Kepentingan untuk pengasingan individu yang telah dijangkiti atau disyaki telah dijangkiti selama 14 hari
iv) Selepas 14 hari, setelah bebas dari gejala, barulah mereka dibebaskan dari tempoh pengasingan