Media

COVID-19
26/3/20
Isu
Negara

Graf Bilangan Anggota KKM dijangkiti Covid-19

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Berikut kami kongsikan makluman dari Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai bilangan dan kes anggota KKM yang dijangkiti Covid-19, serta mereka yang TIDAK dijangkiti.

Kita semua boleh membantu dengan mengasingkan diri dan TIDAK KELUAR SEWAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. Kita ikhtiarkan apa yang perlu dan bersama kita jayakan pembendungan wabak ini.

Saya dan staf di bawah Kerajaan Selangor mendoakan keselamatan semua petugas kesihatan yang bergadai nyawa di barisan hadapan.

#SelangorGempurCovid19

Berikut dipetik oleh laman FB Datuk Dr. Noor Hisham:

Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.
Sumber CPRC

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.