Evolusi Jualan Rahmah
Pada 2018, Selangor Agro Market (SAM) diwujudkan untuk membantu para petani menjual lambakan hasil pertanian. Dengan ini, rakyat boleh membeli barang basah pada harga lebih murah.
Kemudian awal 2022, Kerajaan Negeri memperkenalkan Program Intervensi Ehsan. Ayam, ikan, sayur serta pelbagai barang asas dapur dijual pada harga lebih murah dari pasaran.
Inisiatif ini dikembangkan menjadi Jelajah Ehsan Rakyat (JER). Lokasi dan kekerapan jualan ditambah seluruh Selangor. Menjelang perayaan, lokasi dan kekerapan jelajah digandakan melalui jelajah mega.
Tahun ini, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Jelajah Ehsan Rahmah digerakkan bersama-sama agar dapat meliputi lebih banyak lokasi seluruh Selangor.
Setakat ini, Kerajaan Negeri telah berbelanja hampir RM 23 juta dalam bentuk subsidi agar barangan ini dapat dibeli oleh rakyat Selangor pada harga yang lebih rendah dari pasaran.
Inilah bukti kerajaan yang bertanggungjawab dan mempunyai visi untuk membantu rakyat. Terbukti pentadbiran ini sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor