Media

COVID-19
11/6/20
Isu
Negara

Etika Batuk dan Bersin

Assalamaualaikum dan salam sejahtera,

Berikut kami kongsikan panduan dari KKM tentang etika batuk dan bersin. Jadikan ia amalan, bukan sahaja di khayalak ramai akan tetapi di kediaman sendiri. Amalan sebegini boleh menyelamatkan kita semua.

#SelangorGempurCovid19

Dari FM KKM

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit termasuk ancaman jangkitan COVID-19.

Dari awal WHO telah menyatakan bahawa virus penyebab jangkitan COVID-19 adalah virus pernafasan yang berjangkit sesama manusia melalui titisan pernafasan ( secara umumnya) apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, penting setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan jangkitan yang meluas terutamanya di tempat awam, tegur sekirannya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu jika tidak biasa dengan etika ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.