Dokumentari Khas - Selangor Gempur COVID-19
Sempena Hari Malaysia, ikuti Dokumentari Khas ‘Selangor Gempur COVID-19’ — mengisahkan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui konsep ‘Whole of Government’ dan ‘Whole of Society Approach’ dalam mengatasi krisis serta pandemik ini. Selangor sebagai negeri yang mempunyai kepadatan penduduk serta menjadi pusat ekonomi negara memerlukan strategi serta langkah-langkah yang proaktif bagi memastikan kita menang melawan pandemik ini.
Walaupun bidang kesihatan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan serta bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad, kami telah dengan sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dalam melaksanakan ikhtiar kami demi rakyat Merah Kuning.
Kita masih belum menang dan keluar dari pandemik ini, kita tidak boleh culas dan alpa dalam mematuhi SOP, namun kita pasti berjaya sekiranya kita berganding bahu sebagai sebuah kesatuan yang ampuh melawan musuh yang tidak terlihat. Kita adalah satu pasukan. Bersama kita tak terkalahkan. Marilah kita membangun bangsa yang berbudaya serta negeri yang makmur sentosa
#SelangorGempurCOVID19
__
YAB Dato Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor