Inisiatif

Terkini
16/2/23

Denda pencemaran air dari RM100,000 kepada RM10 juta

Hari ini Kementerian Tenaga, Sumber Asli dan Perubahan Iklim mengumumkan akan meningkatkan denda kepada sesiapa yang didapati menyebabkan pencemaran air dari RM100,000 kepada RM10 juta.

Tempoh hukuman penjara juga akan dinaikkan daripada 1 tahun kepada 15 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pindaan ini yang melibatkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 akan dibentangkan dalam Parlimen pada sesi Jun 2023.

Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik pengumuman ini dan menyokong keputusan ini. Langkah ini diharapkan dapat membendungi tindakan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang mengakibatkan pencemaran sumber air

May be an image of 2 people, people standing and indoor
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.