Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025
Baru-baru ini, Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025 dilancarkan demi menjamin masa depan anak-anak di Selangor. Selangor mempunyai panduan jelas dan sistematik pembangunan kanak-kanak yang sejahtera.
Selangor menjadi negeri pertama yang melancarkan satu dasar dan pelan tindakan yang holistik buat kanak-kanak.
Dasar lima tahun ini akan meneliti semua aspek sosial, ekonomi, kebudayaan dan isu kanak-kanak melibatkan perancangan strategik seputar 10 domain utama. Maka pembangunan program dan inisiatif dilaksana secara strategik mengikut latar belakang demografi dan psikografi kanak-kanak.
InsyaAllah, moga dasar ini akan mengukuhkan proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui hala tuju yang jelas. Diharapkan segmen kanak-kanak menerima manfaat terbaik selaras dengan tema dasar ini iaitu ‘Anak Selangor, Anak Kita’.
