Media

COVID-19
15/4/20
Isu
Negara

Dari WHO: Semburan Nyah Cemar Terhadap Individu Tidak Digalakkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi makluman dari WHO melalui FB Publoc Health Malaysia mengenai kenyataan Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerusi perkongsian di Twitternya.

Bersama kita ambil perhatian.

#SelangorGempurCovid19

Dari FB Public Health Malaysia:

Mana mana pihak yang berhasrat untuk menghasilkan terowong disinfeksi dan operasi penyemburan individu disarankan agar mempertimbangkan semula cadangan tersebut 🙏🏼

Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan WHO, semburan alkohol atau klorin terhadap badan tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan..

Tindakan tersebut bukan sahaja TIDAK BERKESAN malah mampu mendatangkan kesan bahaya kepada individu terutamanya kepada mata dan mulut. Selain itu ia juga boleh menyebabkan alahan kepada kulit dan mungkin merosakkan pakaian.

Perkara ini turut dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerusi perkongsian di Twitternya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.