Dari Majlis Keselamatan Negara : Situasi Terkawal Covid-19 20 Mac 2020 9 pagi
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Saya selaku Menteri Besar Selangor ingin berkongsi dengan para pelawat laman web amirudinshari.com makluman terkini dari Majlis Keselamtan Negara mengenai situasi terkini Covid-19.
Sekiranya anda masih berkeliaran dan merancang untuk ke mana-mana hujung minggu ini, sila batalkan segala rancangan anda dan duduk di rumah agar kita semua dapat memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 secepat mungkin.
