Dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan - Isu Kekurangan PPE Diatasi, Terima Kasih Rakyat
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Saya dan kami dari Pejabat Menteri Besar Selangor ingin menyampaikan khabar dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang ingin merakan setinggi-tinggi penghargaan kepada penderma PPE buat kegunaan petugas kesihatan.
Berikut dipetik dari FB datuk Dr. Noor Hisham Abdullah:
Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa isu kekurangan bekalan PPE kini merupakan satu isu global.
Namun begitu pihak KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan. Oleh itu, pihak KKM telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan bekalan PPE yang mencukupi untuk setiap fasiliti kesihatan melalui penyelarasaan pembekalan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.
Sehingga kini, pihak KKM telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.
Selain daripada itu, pihak kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE daripada pelbagai pihak dan sejumlah 3 juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan.
Pihak KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sumbangan mereka.