Cegah Covid-19 dengan Terus Terang, percayai Petugas Kesihatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selaku Dato' Menteri Besar Selangor, ingin saya mengambil peluang ini untuk menasihati masyarakat semua harus berterus terang dalam memberi maklumat kepada petugas kesihatan sebelum mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Cara berterus-terang sebegini mampu menyelamatkan nyawa sendiri dan orang sekeliling. Oleh itu, berterus terang ketika memberikan maklumat kepada petugas kesihatan. Anda mampu menyelamatkan nyawa anda dan nyawa orang lain.
Saya juga memohon orang ramai agar jangan menyembunyikan maklumat jika sedang dalam kuarantin atau baru pulang dari luar negara.Dan ingin saya ingatkan yang pihak berkuasa memerlukan anda memaklumkan sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga atau pernah mendekati sesiapa yang positif Covid-19 serta pernah menghadiri perhimpunan besar.
Bersama kita mesti menang!
#SelangorGempurCovid19