Inisiatif

COVID-19
23/3/20
Isu
Negara
Bantuan

Butiran Hasil Mesyuarat Kedua Majlis Tindakan Ekonomi: Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Covid-19

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya selaku Menteri Besar Selangor ingin berkongsi dengan para pelawat laman web amirudinshari.com infografik dari Majlis Keselamatan Negara mengenai hasil mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi dalam menangani mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Empat inisitiaf utama telah diumumkan YAB PM sebentar tadi. Antaranya adalah:

1. EPF - Kebenaran Pengeluaran Akaun 2 EPF sebanyak RM500 sebulan selama setahun. Permohonan pengeluaran bermula 1 April 2020

2. MOH - Peruntukan Tambahan sebanyak RM600 juta untuk pembelian keperluan dan penambahan kakitangan

3. Negeri - Peruntukan RM130 juta iaitu RM10 juta setiap negeri di Malaysia

4. PTPTN - Lanjutan masa pembayaran sehingga 6 bulan untuk pembayaran PTPTN yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta

Diharap semua warga Selangor ambil perhatian.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.