Bilangan Kes Covid-19 di Dunia Mengikut Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsikan laporan dari KKM mengenai kes jangkitan Covid-19 peringkat global mengikut negara setakat 21 April 2020.
Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.73% diikuti dengan Sepanyol, 8.10% dan Itali, 7.33%.
Manakala negara Belgium pula kekal mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.58%, diikuti dengan Algeria, 14.13% dan Itali iaitu 13.31%
Ayuh kita teruskan memerangi wabak ini dengan #DudukRumah. Jadilah Rakyat yang bertanggungjawab.
#SelangorGempurCovid19
