Inisiatif

Terkini
22/2/22
Isu
Selangor

BHTV: Selangor, MySA kesan lokasi sampah haram

KLANG: Kerajaan negeri Selangor bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengesan lokasi pembuangan sampah haram di negeri itu.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han, berkata berdasarkan data terkini MySA, terdapat kira-kira 1,400 lokasi di seluruh Selangor dijadikan tapak pelupusan haram.

"Kita sudah mengadakan pertemuan dengan MySA, minggu lalu bagi menangani perkara ini.

Kita hendak guna data cerapan satelit daripada MySA untuk kesan sampah haram di Selangor.

"Data ini akan diberikan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk mengadakan pemantauan dan mengesahkan sama ada tapak itu sudah dijadikan tapak pembuangan sampah secara haram atau berpotensi menjadi tapak pembuangan sisa haram.

"PBT akan kenal pasti lokasi ini dan membuat pengesahan. Satelit hanya boleh nampak dari atas, jadi kita perlu (ke lokasi) buat pemantauan untuk pengesahan.

"Kalau kita kesan ia tapak sampah haram, kita akan ambil tindakan penguatkuasaan segera untuk menghentikan aktiviti haram ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Klang Sejahtera ke Arah Pembangunan Mampan Tahun 2020/2021 di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan.

Sze Han berkata, pembuangan sampah secara haram akan berterusan jika sikap penduduk, pengusaha kilang dan sektor pembinaan, tidak berubah.

"Kebanyakan tapak pembuangan haram ini yang kita nampak adalah sisa pembuangan sektor pembinaan, sektor perindustrian dan komersial, bukan sisa domestik," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.