Bertemu Gubernur Jawa Timur, Ibu Khofifah Indar Parawansa.
Kesempatan hadir program rasmi Kerajaan Negeri di Surabaya ini saya mulakan dengan bertemu Gubernur Jawa Timur, Ibu Khofifah Indar Parawansa.
Pelbagai aspek kami bincangkan secara dua hala khusus berkaitan industri termasuklah rangkaian bekalan makanan serta pelaburan ke arah mengurangkan beban yang dihadapi rakyat akibat inflasi.
Terima kasih kepada Ibu Khofifah dan pasukannya di Pemerintah Provinsi Jawa Timur atas layanan yang sungguh mesra dan kesediaan menerima kami dari Selangor.
InsyaAllah kerjasama Jawa Timur-Selangor kita rentas bersama-sama.