Inisiatif

Terkini
11/6/23

Bersama lebih 3,000 penghantar p-hailing

Seperti yang saya selalu sebut dalam ucapan saya, di Selangor, “no one will be left behind”. Bersama lebih 3,000 penghantar p-hailing di Selangor menerima sumbangan tunai sebanyak RM500 menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE). Bukan itu sahaja, anak-anak muda pengusaha p-hailing ini menerima caruman KWSP, caruman Perkeso dan perlindungan insurans di bawah Skim Insurans Am Selangor (INSAN) di bawah inisiatif RIDE.

Saya turut mengumumkan penambahan RM1 juta tahun ini untuk lebih 2,000 pemohon yang belum menerima inisiatif ini. Untuk tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri terima hampir 6,000 permohonan program RIDE, Insya-Allah Kerajaan Negeri dengan sedaya upaya akan membantu mereka.

#KitaSelangor

#AyuhSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.