Berita Harian: MAIS tawar sewa rumah RM500 sebulan
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/620dbb9ce9771c021318be0a_amirudin-shari-com-BH-MAISSewaRumah.jpg)
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan rumah sewa milik agensi itu pada kadar serendah RM500 kepada pemohon yang layak.
MAIS dalam kenyataan memaklumkan antara kriteria yang ditetapkan adalah pemohon sudah berkeluarga, mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000 serta bekerja di Selangor.
"Individu yang memenuhi kriteria berkenaan layak menyewa kediaman MAIS dengan sewaan serendah RM500 untuk pekerja sektor awam dan RM600 bagi sektor swasta.
"MAIS menawarkan sewaan kediaman di Wisma MAIS, Seksyen 3 dekat sini dengan berkeluasan 600 kaki persegi yang mana terdapat tiga bilik tidur dengan dua bilik air," katanya.
Tawaran berkenaan terbuka kepada semua tetapi keutamaan diberikan kepada pemohon beragama Islam.
Jelasnya, ia juga adalah satu usaha MAIS membantu pemulihan ekonomi masyarakat adalah dengan memberikan kadar sewaan yang amat murah.
"Pihak yang berminat boleh memuat turun Borang Permohonan Sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/ dan untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi 019-2640631 (Arzlan)," katanya.
Untuk maklumat, antara kemudahan di Wisma MAIS itu adalah kawalan keselamatan 24 jam serta terdapat sistem kamera litar tertutup (cctv); 220 kawasan parkir terbuka (percuma); surau; perpustakaan wakaf dan pelbagai restoran serta kedai menjual barangan keperluan harian," katanya.