Media

COVID-19
12/10/21
Isu
Selangor
Bantuan
Negara

Berita Harian: Boleh ambil vaksin di klinik swasta, kerajaan

PUTRAJAYA: Penduduk di Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi COVID-19 atau melengkapkan dos kedua mereka boleh mendapatkan imunisasi berkenaan secara percuma di 98 klinik swasta terpilih atau klinik kerajaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, bagi menambah baik akses pemberian vaksin di Selangor dan Kuala Lumpur, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) membangunkan program tempahan vaksin untuk golongan dewasa, bermula hari ini, di fasiliti kesihatan swasta terpilih yang berdaftar bawahnya.

"Buat masa ini, individu di Lembah Klang yang ingin mendapatkan janji temu vaksinasi mereka perlu menghubungi dan membuat tempahan dengan mana-mana fasiliti swasta terpilih.

"Program vaksinasi secara tempahan ini bagi mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin.

"Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan dewasa yang baru mendaftar dan belum mendapat janji temu, golongan dewasa yang terlepas janji temu dos pertama atau dos kedua dan golongan lain yang akan diumumkan oleh KKM dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

BH sebelum ini menyatakan sehingga kini terdapat 5.2 peratus individu belum divaksin. Peratusan berkenaan membabitkan kira-kira 1.224 juta penduduk dewasa di seluruh negara.

KKM berkata, individu yang ingin mendapatkan pelalian berkenaan boleh menghubungi fasiliti terpilih bagi mendapatkan slot janji temu sebelum diberikan tarikh untuk divaksin.

Berikut adalah senarai fasiliti swasta yang menawarkan vaksinasi:

https://www.facebook.com/100064560379224/posts/231420379019973/?d=n

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.