Media

COVID-19
17/8/21
Isu
Selangor
Negara

Berita Harian: 9 pegawai, anggota polis Selangor mati akibat COVID-19

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan dan lapan anggota polis Selangor meninggal dunia akibat COVID-19 sejak 16 Mac tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata kematian membabitkan keluarga anggota pula ialah tiga individu.

"Keseluruhan pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga yang disahkan positif bermula 16 Mac tahun lalu sehingga semalam adalah seramai 910 orang manakala jumlah yang dikuarantin pula adalah seramai 4,332 orang.

"Bagi rekod, untuk semalam sahaja, seramai 331 orang dikuarantin kerana positif manakala 312 diarahkan menjalani kuarantin kerana disyaki kontak rapat kepada kes positif," katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor hari ini.

Arjunadi turut menjelaskan pihaknya telah mengeluarkan 2,063 kompaun sehingga Sabtu dengan kesalahan utama adalah rentas negeri, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tiada penjarakan fizikal.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.