Berita Harian: 63.8 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 15,017,166 individu atau 63.8 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat semalam.
Berdasarkan data dalam laman web COVIDNOW, sejumlah 22,927,624 (97.4 peratus) populasi itu telah lengkap vaksinasi, manakala 23,204,433 (98.6 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.
Seterusnya, seramai 1,026,732 (28.9 peratus) populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,831,197 individu (91 peratus) sudah lengkap imunisasi, manakala 2,931,709 (94.2 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.
Sebanyak 57,106 dos vaksin diberikan, semalam, meliputi 24,342 dos pertama, 882 dos kedua dan 31,882 dos penggalak.

Ia membawa kepada jumlah kumulatif 67,731,132 dos diberikan bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), setakat ini.
Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) pula, 55 kematian akibat COVID-19 direkodkan, semalam, dengan Kedah melaporkan angka tertinggi membabitkan 12 kes.
Ia diikuti Pulau Pinang dengan lapan kematian baharu; Johor (tujuh); Terengganu (enam); Kelantan (lima); Perak dan Selangor (masing-masing empat); Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis (masing-masing dua); serta Pahang, Sabah dan Sarawak (masing-masing satu). – BERNAMA