Media

Peristiwa
15/5/24
Selangor

Berita Harian: 44 premis makanan diarah tutup di Selangor dalam tempoh empat bulan

SHAH ALAM: Sebanyak 44 premis makanan di Selangor diarah tutup sepanjang Januari hingga April lalu menerusi Operasi Premis Makanan Bersih.

Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, arahan penutupan diambil disebabkan adanya lipas, lalat dan tikus selain mendapat markah dimerit yang sangat rendah dalam penilaian operasi.

"Menerusi berkenaan, sebanyak 1,235 premis diperiksa dengan 903 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM546,750 yang dikeluarkan kepada pemilik dan wakil premis dan pengendali makanan juga dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Ummi Kalthom berkata, menerusi Operasi Perayaan Tahun Baru Cina dan Operasi Perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, pihaknya memeriksa 20,662 produk dan 1,315 hamper makanan di 53 premis.

Katanya, sebanyak 216 produk makanan dikesan tamat tarikh luput manakala 136 lagi mempunyai bungkusan rosak seperti tin kemek, kembung dan bekas yang rosak.

"Semua produk makanan terbabit bernilai RM50,747 diarahkan supaya dialihkan daripada rak pameran jualan untuk disita mengikut Seksyen 4(1)(f) dan persetujuan pelupusan di bawah Seksyen 4(8), Akta Makanan 1983.

"Sebanyak 13 notis kesalahan di bawah Peraturan 10(b), Peraturan 14(9)(b) dan Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Makanan 1983 juga dikeluarkan semasa operasi ini dengan nilai kompaun adalah RM55,000," katanya.

Dalam pada itu, Umi Kalthom memberitahu sebanyak 2,446 tapak bazar Ramadan diperiksa dan 2,403 telah diberikan arahan pembetulan serta-merta.

"Sebanyak 13 notis dengan nilai kompaun sebanyak 1,500 dikeluarkan kepada pemilik premis dan individu di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Selain itu, terdapat sebuah kilang pembekal ais diarahkan berhenti operasi untuk kerja pembersihan premisnya.

"Kita juga mendapati empat sampel makanan didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta dikenakan tindakan pendakwaan," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.