Berbuka puasa di Masjid Jamiatus Solahiah
Berbuka puasa di Masjid Jamiatus Solahiah, Kampung Sungai Tua serta menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan zakat kepada anak yatim dan fakir miskin di bawah Parlimen Gombak. Sumbangan keseluruhan berjumlah RM60,000 ini diagihkan secara sama rata, dengan setiap DUN di bawah parlimen antaranya Hulu Kelang, Sungai Tua, dan Gombak Setia menerima RM20,000 untuk disalurkan kepada 300 penerima yang memerlukan.
Seterusnya penyerahan Sumbangan Dana Pembinaan Surau dan Prasarana Fizikal kepada SK Sungai Tua Baharu daripada Cinta Gaza Malaysia berjumlah RM 100,000. Semoga sumbangan ini dapat memperkukuh kemudahan sekolah serta memberi manfaat kepada murid dan warga sekolah dalam menjalani aktiviti keagamaan dan pembelajaran dengan lebih selesa.
Insya-Allah, semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta menjadi asbab keberkatan dan kebaikan buat kita semua.




