Berbuka puasa bersama-sama dengan warga UiTM
Alhamdulillah, 10 Ramadan 1446H, berbuka puasa bersama-sama dengan warga UiTM dalam Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.
Dalam majlis ini, DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan sumbangan kepada warga UiTM yang terdiri daripada pelajar asnaf dan staf Orang Kurang Upaya (OKU). Saya turut dimaklumkan, di UITM, kebajikan dan pemerkasaan warga OKU diambil berat, buktinya dengan penubuhan Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM beberapa tahun lalu yang komited memperkasakan daya saing warga OKU UiTM secara holistik.
Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang ini terus subur dalam usaha membangun generasi masa depan yang cemerlang, berakhlak, dan berbakti kepada masyarakat.




