Bantuan Kewangan Khas Penjawat Awam Selangor
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam dalam usaha menangani Covid-19, Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM 1,000 setiap seorang kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah. Bantuan ini berjumlah RM 18.5 juta dan akan dibayar pada 9 Jun 2020.
i) Pegawai yang layak dibayar BKK adalah seperti berikut:
- Orang Besar Daerah
- Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Pegawai Tetap, Sementara dan Pekerja Sambilan Harian (PSH)
- Pegawai yang dilantik secara Contract of Service (CoS) dan Contract for Service (CfS)
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
- Guru KAFA
- Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Pegawai Perhubungan Perkampungan Kampung Baru dan Ketua Komuniti India
- Pegawai Commisioner of Building (COB) dan One Stop Centre (OSC) yang berkhidmat di PBT; dan
- Pegawai yang dibayar gaji melalui Sistem Gaji Berkomputer Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
ii) Pegawai yang tidak layak dibayar BKK ini adalah seperti berikut:
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020;
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020; dan
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020.
#SelangorMajuBersama #SelangorGempurCovid19
Moga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membalas jasa dan pengorbanan Tuan Puan yang berkhidmat di bawah Kerajaan Selangor selama ini.
#SelangorMajuBersama #SelangorGempurCovid19