Suara

COVID-19
21/12/20
Isu
Selangor
Bantuan

Bantuan Buat Frontliner di Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS Serdang

Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan pelitup muka #KitaSelangor buat para petugas di Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS Serdang. Pusat ini dikawal selia  bersama antara Bahagian Pengurusan Bencana Negeri dan NADMA.  Berikutan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak beberapa bulan kebelakangan ini, pusat ini diaktifkan semula serta mampu menampung 10,000 katil pada satu-satu masa.

Semoga sumbangan pelitup muka ini akan membantu dan melindungi para petugas di PKRC. Saya doakan agar para petugas keselamatan dan perubatan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT dalam melaksanakan khidmat mereka membantu memerangi COVID-19.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.