Media

COVID-19
2/10/20
Isu
Selangor
STFC19
Negara

Astro Awani : Saringan COVID-19 bersasar percuma untuk rakyat Selangor pulang dari Sabah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mengadakan saringan bersasar secara percuma untuk rakyat Selangor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif tersebut diambil kerajaan negeri bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan memudahkan pengesanan jangkitan COVID-19.

“Saringan tersebut boleh dilakukan di semua cawangan Selcare Clinic milik anak syarikat kerajaan negeri, Selgate Healthcare Sdn Bhd dengan pembuktian dokumen penerbangan pulang dari Sabah serta bukti pemastautin tetap di Selangor (bil air, bil elektrik dan sebagainya).

“Orang ramai diminta hadir ke klinik yang terdekat atau layari http://selcareclinic.com/our-clinics/ bermula Ahad ini, 4 Oktober,” kata Amirudin dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.