Suara

COVID-19
6/7/21
Isu
Selangor
Bantuan
Pakej Kita Selangor 2.0

Astro Awani: Majikan tanggung sepenuh vaksin di bawah Program Selvax - Exco Selangor

SHAH ALAM: Majikan perlu menanggung kos dua dos vaksin setiap pekerja dengan harga RM350 di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax), kata Exco Kanan Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Kim

Menurut Chang Kim, kos berkenaan perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan masing-masing dan tidak dibenarkan dipindahkan kepada pekerja.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru Klang itu menjelaskan, majikan yang mengambil bahagian dalam Selvax juga tidak dibenarkan menjual semula slot janji temu

Sementara pemberian vaksinasi pula, kata beliau, hanya akan dilakukan menerusi janji temu dan tidak dibenarkan secara walk in.

"Ia memerlukan dua dos, anda tidak boleh hanya mengambil satu dos, anda perlu mengambil dua dos dengan kos sekitar RM350.

"Kos ini termasuk vaksin dan kos-kos lain. Untuk dua dos ini ia perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan majikan tidak dibenarkan memindahkan kos tersebut kepada pekerja.

"Perkara ini telah termaktub dengan jelas dalam perjanjian," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri seorang lagi exco yang dipertanggungjawabkan untuk Program Selvax, Rodziah Ismail pada Isnin.

Di bawah program Selvax, kerajaan Selangor berhasrat dapat memberikan 2.5 juta dos vaksin kepada sekitar satu juta penduduknya hingga Oktober tahun ini.

Program ini dibahagikan kepada dua kategori dengan 500,000 dos yang diberikan kepada masyarakat umum dan dua juta dos yang lain untuk pekerja industri.

Chang Kim juga berkata, lebih daripada 62,000 syarikat telah mendaftar untuk program industri Selvax dengan jumlah pekerja 2.9 juta.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.