Amaran dari Majlis Keselamatan Negara : Henti Sebar Berita Palsu
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Dalam kemelut negara menghadapi wabak Covid-19, ramai di kalangan kita yang gemar menyebar berita palsu dan tidak sahih.
Kami di Pejabat Menteri Besar Selangor ingin berkongsi video amaran dari Majlis Keselamatan Negara dan tindakan terhadap mereka yang menyebar berita palsu.
Dipetik dari FB MKN:
𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔
Semua kes berkaitan berita palsu sedang disiasat dan enam daripadanya telah pun dibawa ke mahkamah - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), DS Ismail Sabri Yaakob
Hentilah sebar berita/info palsu kerana ia boleh mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kalangan rakyat.
#BeritaPalsu
#COVID19
#PerintahKawalanPergerakan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Ismail Sabri Yaakob
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Penerangan Malaysia