4,087 Kes Covid-19 Discaj Setakat 29 April 2020. Tahniah dan Terima Kasih KKM!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan rasa syukur dan sukacita dimaklumkan yang jumlah kes Covid-19 discaj setakat 29 April 2020 berjumlah 4,087. Saya dan pasukan Dato' Menteri Besar Selangor ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas perubatan KKM yang berkerah tenaga dan kepakaran merawat pesakit-pesakit.
Menurut KKM, bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital hari ini adalah 55 orang.
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,087 kes bersamaan dengan 68.75% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Mari kita jalankan peranan kita dan terus mematuhi PKP sehingga 12 Mei 2020.
#SelangorGempurCovid19