236 Pesakit Covid-19 telah Sembuh. Syabas KKM!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi berita baik dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Datu Dr. Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengumumkan yang kini seramai 236 pesakit telah sembuh. Terima kasih dan tahniah para petugas perubatan yang tidak mengenal erti penat lelah membanting tenaga dalam menyelamatkan nyawa.
Kita semua harus jalankan peranan masing-masing dan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, semoga Tuhan memberkati usaha kita.
#DudukRumah
#SelangorGempurCovid19
Dipetik dari FB KKM:
#COVID19 : Seramai 236 pesakit telah sembuh selepas menerima rawatan terbaik daripada pasukan perubatan KKM.
Ini adalah kali pertama kes sembuh melebihi kes baru.
Keseluruhan kes sembuh 1,241 atau 33% daripada keseluruhan kes.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Noor Hisham Abdullah
DR ADHAM BABA
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan