1,995 Kes Covid-19 Sembuh. Tahniah dan Terima Kasih Petugas Perubatan KKM!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selaku Menteri Besar Selangor saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di atas kejayaan meyembuh 1,995 kes Covid-19 setakat 11 April 2020.
Hari ini, bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 184 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,995 kes bersamaan dengan 44.04% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Mari kita teruskan peranan kita dan #DudukRumah.
#BreakTheChain
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e91c16758f2f56b2e06f5c8_amirudinshari_com_11April_sembuh.jpg)