Inisiatif

COVID-19
28/4/20
Isu
Selangor
STFC19
Bantuan

1,653 Orang Diuji Sewaktu Saringan Komuniti Bersasar di Gombak (22-23 April 2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 22 dan 23 April lepas, Saringan Komuniti Bersasar telah dijalankan sebagai satu pendekatan 'Detect Early-Isolate Early-Treat Early' bagi menurunkan kadar perebakan dan kadar kematian (mortality rate) ke tahap lebih rendah.

Sebanyak 1,653 sampel dikutip melibatkan penduduk Bandar Baru Selayang, Gombak dan dari jumlah tersebut seorang didapati positif COVID-19.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terlibat sama dalam mesyuarat gerak kerja operasi ini dan bersetuju dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang disandarkan kepada tatacara Kesihatan Kementerian Malaysia (KKM). Kit ujian yang digunakan adalah RT-PCR seperti diluluskan oleh KKM.

Rujuk infografik bagi kesimpulan keputusan dan kongsikan bersama kawan-kawan anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.