Banjir Selangor

Kemaskini Maklumat Bantuan Selangor Bangkit (BSB)

Rumusan Agihan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Kepada Mangsa Banjir Negeri Selangor Sehingga 28 Februari 2022

Kronologi

Hari Kedua Puluh Lima
11.1.2022
Kg Bkt Lanchong

Menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ikram bin Bakri, Pegawai Kesihatan MBSJ yang meninggal dunia ketika membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kg Bkt Lanchong. Menyampaikan sumbangan dan turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kedua Puluh Satu
7.1.2022
Sidang Media Khas

Sidang Media Khas mengenai perkembangan terkini dan bantuan mengenai banjir di Selangor akan bersiaran secara langsung sebentar lagi. Moga usaha kita semua membantu mereka yang terkesan diberkatiNya.

#SelangorBangkit

Lihat Infografik & Video

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kelima Belas
1.1.2022
Taman Sri Muda

Meninjau proses pembersihan di Taman Sri Muda dengan motosikal. Alhamdulilah proses pembersihan di Sri Muda berjalan lancar dan akan ditingkatkan. Saya telah mengarahkan agar jumlah jentera dan lori pembersihan ditambah serta ditingkatkan.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Keempat Belas
31.12.2021
Taman Melati

Meninjau lokasi tanah runtuh di Taman Melati dan Apartment Teratai di Daerah Gombak. Saya telah arah kerja pemulihan dilaksana segera. Bantuan kecemasan sebanyak RM 1,000 buat penduduk. Kos keseluruhan pemulihan ialah RM 46 juta, saya akan bincang lanjut dgn Kerajaan Persekutuan.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Keempat Belas
31.12.2021
Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Zikir Munajat sempena ambang tahun baharu

Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Zikir Munajat sempena ambang tahun baharu, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Ketiga Belas
30.12.2021
Daerah Gombak

Menyampaikan Bantuan Selangor Bangkit kepada para penerima di Daerah Gombak. InsyaAllah penyaluran Bantuan Selangor Bangkit akan dipercepatkan dan dipermudahkan kepada semua penerima.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kedua Belas
29.12.2021
Video Penerangan Bantuan Selangor Bangkit
Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kesebelas
28.12.2021
Daerah Petaling

Menyampaikan Bantuan Selangor Bangkit Daerah Petaling. Alhamdulillah urusan lancar dan mudah. Kerajaan Negeri mudahkan urusan untuk mangsa terima bantuan agar mereka boleh segera gunakan untuk pemulihan pasca banjir.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kesepuluh
27.12.2021
Gurdwara Sahib PJ

Menyantuni pasukan sukarelawan di Gurdwara Sahib, Petaling Jaya.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kesepuluh
27.12.2021
Sidang Media Khas

Sidang media khas berkenaan situasi banjir di Selangor serta Bantuan Banjir Selangor Bangkit.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kesembilan
26.12.2021
Labohan Dagang & Bukit Changgang

Di Labohan Dagang dan Bukit Changgang hari ini meninjau keadaan semasa serta bertemu mangsa banjir. Saya beri komitmen Kerajaan Negeri akan bantu bersihkan kawasan banjir serta percepatkan bantuan kewangan yang dijanjikan pada mangsa, InsyaAllah.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kelapan
25.12.2021
Klang - Mesyuarat Penyelarasan

Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang.
Anatara agenda laina adalah memberi arahan agar proses kerjasama dengan sukarelawan dan NGO dipermudahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan-kawasan terjejas.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kelapan
25.12.2021
Taman Sri Muda

Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat dan mencemar duli melawat mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Ketujuh
24.12.2021
Puchong - Kampung Tengah

Di Kampung Tengah meneliti situasi dan keadaan semasa serta menyelaras tindakan bagi fasa pemulihan serta pembersihan. Keutamaan adalah membersihkan kawasan yang terbabit serta mengambil langkah sewajarnya agar bencana tidak berulang lagi.

Lihat Video

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Ketujuh
24.12.2021
Kampung Bukit Lanchong

Di Kg Bukit Lanchong, antara kawasan yang amat terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama para sukarelawan, penduduk setempat dan wakil agensi kerajaan.

Lihat Video

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Keenam
23.12.2021
Padang Jawa

"Sebagai mempermudah & mempercepat proses pembersihan lori-lori mengangkut sampah akibat banjir. Operasi tapak pelupusan sampah Jeram milik Worldwide Holding akan dibuka sehingga jam 11 mlm"

– Dato' Seri Amirudin Shari

Lihat Video

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Keenam
23.12.2021
Hulu Langat

Saya ke SK Sungai Serai, kawasan Sg Lui dan Genting Peras yang mengalami kejadian tanah runtuh dahsyat. Peruntukan segera RM2 juta disalur ke Hulu Langat bagi tujuan memulihkan infrastruktur selain mengarahkan kawasan tanah runtuh dibaiki segera.

Lihat Video

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kelima
22.12.2021
Kuala Selangor - PPK SK Parit Mahang

Dato' Seri Amirudin Shari telah meninjau PPS Stadium Tertutup Kuala Selangor yang menempatkan hampir 300 orang mangsa banjir. Bekalan makanan dan keperluan asas disediakan kepada mereka. Seterusnya beliau menuju ke Kampung Asahan bagi meninjau usaha pengepaman air banjir bagi mempercepatkan air surut.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kelima
22.12.2021
Kuala Selangor - Stadium Tertutup

Saya ke Stadium Tertutup Kuala Selangor yang menempatkan hampir 300 orang mangsa banjir. Bekalan makanan dan keperluan asas disediakan kepada mangsa di kawasan berdekatan.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kelima
22.12.2021
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Bencana

Dato' Amirudin Shari mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Bencana dengan mendengar pelaporan terkini dari semua agensi terlibat. Turut membincangkan untuk meningkatkan usaha bagi proses pembersihan serta fasa pemulihan di semua kawasan yang terbabit.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Keempat
21.12.2021
Bukit Changgang & Taman Seri Ehsan

Lawatan ke Bukit Changgang melaporkan seramai 1,400 mangsa banjir diselamatkan dan ditempatkan di beberapa PPS. Manakala di Taman Seri Ehsan pagi ini seramai 2,500 penduduk terputus hubungan kerana jalan utama dinaiki air. Jentera lori dan bot segera digerakkan untuk penyelamatan.

Lihat Video

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Keempat
21.12.2021
Sidang Media Khas Situasi Banjir Di Selangor

Sidang media khas memaklumkan situasi terkini juga mengumumkan beberapa langkah dan pelaksanaan terutama bagi fasa pemulihan serta bantuan.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM 20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM 80 juta bagi pembinaan semula infrastruktur.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Ketiga
20.12.2021
Taman Seri Muda

"Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses 'evacuation' mangsa banjir. Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut telah ditambah untuk membantu usaha ini."

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Kedua
19.12.2021
Kuala Langat

Melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Johan Setia, Klang.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000
Hari Pertama
18.12.2021
Shah Alam

Arahan telah dikeluarkan oleh Dato' Amirudin Shari untuk seluruh jentera turun membantu usaha SAR setelah banjir mula.

Setakat Hari Ini
BSB:
RM100000
Kutipan Sampah:
RM100000

sidang media

Sidang Media Khas Situasi Banjir Di Selangor pada 7 Januari 2022

Sidang Media Khas mengenai perkembangan terkini dan bantuan mengenai banjir di Selangor akan bersiaran secara langsung sebentar lagi. Moga usaha kita semua membantu mereka yang terkesan diberkatiNya.

Baca lagi di sini
Sidang Media Khas Situasi Banjir Di Selangor 21 Disember 2021

Ketahui rancangan bantuan dan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor demi membantu para penduduk kawasan di Selangor yang terjejas dengan bencana ini.

Baca lagi di sini

Bantuan Selangor Bangkit

Sidang Media Khas Bantuan Selangor Bangkit (BSB)

Sidang media khas untuk perkembangan terkini keadaan banjir serta Bantuan Selangor Bangkit. Semoga ikhtiar dan usaha ini diberkati.

Baca lagi di sini

penjelasan BSB

Bantuan Selangor Bangkit (BSB)

Ikuti video ini bagi mengetahui maklumat terkini berkenaan Bantuan Selangor Bangkit khusus buat mangsa banjir.

Infografik