Ucapan Perasmian ‘Selangkah ke Universiti’ Yayasan Pelajaran MARA

Salam sejahtera,

Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis.

 

  1. YB TUAN NG SUEE LIM

ADUN SEKINCHAN/SPEAKER DEWAN

 

  1. YDH DATO’ HJ. BAHARIN B. HJ. MAT AKHIR

DATO’ ORANG KAYA MAHA BIJAYA

ORANG BESAR DAERAH SABAK BERNAM (OBD)

 

  1. ENCIK MOHAMMAD BIN MOHD YATIM

PENGARAH MARA NEGERI SELANGOR

 

  1. TUAN MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

 

  1. ENCIK ZAINAL RASHID BIN ZAKARIA

PENGURUS KANAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN DANA

YAYASAN PELAJARAN MARA

 

  1. EDDIE AHMAD KHODZALI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN SELANGOR

 

  1. BARISAN JAWATANKUASA

 

  1. DATO’, DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapatkita bertemu diProgram Selangkah ke Universiti Anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor danMajlis Guru Kaunseling Kebangsaan Selangor (MGKK S). Program ini juga merupakan sebuah program tajaan Yayasan Selangor.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pemilihan kerjaya yang tepat memerlukan persediaan yang rapi bagi membolehkan seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam bidang pekerjaan yang terbaik dan bersesuaian dengan minat dan kecenderungan mereka.Walaubagaimanapun, proses untuk memilih dan mendapatkan kesesuaian itu bukanlah sesuatu yang boleh diambilmudah apatah lagi pada zaman di mana teknologi menguasai pemilihan anak-anak kita. Mereka terdedah dan boleh dipengaruhi oleh pelbagai dapatan carian, terutamanya maklumat-maklumat yang mudah didapati daripada media sosial. Kebijaksanaan menilai dan memilih itulah yang perlu mereka kuasai disamping mengambilkira faktor-faktor yang ada di persekitaran mereka.Kemajuan negara dan dunia yang begitu pesat juga menyebabkan bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan berkembang tanpa diduga.

Oleh demikian, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah merangka satu program iaituProgram Selangkah Ke Univerisiti 2019. Ia adalah merupakan satu program yang menghimpunkan pelajar-pelajar sekolah sekitar kawasan terpilih iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor untuk dibantu dalam meneruskan peningkatan kecemerlangan pendidikan. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti beberapa program yang telah disediakandi bawah bimbingan YPM. Antara program yang dilaksanakan adalah seminar keibubapaan dan program motivasi serta halatuju kerjaya pelajar selepas tamat peperiksaan SPM.

Syabas diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Yayasan Pelajaran MARA kerana telah berjaya menghimpunkan pelajar-pelajar sekolah disekitar kawasan terpilih iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor dalam usaha meneruskan peningkatan kecemerlangan pendidikan buat anak-anak kita ini. Saya yakin sepanjang program berlangsung, sedikit-sebanyak maklumat telah berjaya dikongsi dengan para peserta. Pihak YPM dengan kerjasama MARA juga telah membuka booth pameran IPTA/IPTS/IPMA untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk memilih bidang pengajian yang bersesuaian.

Saya dimaklumkan bahawa objektif dan matlamat bagi program ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat berkaitan kerjaya-kerjaya yang ingin diceburi oleh para pelajar.      Saya pasti, program ini telah memberi maklumat dan menyuntik motivasi kepada para ibubapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak setelah mengetahui peluang-peluang yang bersesuaian untukmelanjutkan pelajaran selepas SPM.

Selain itu, program ini juga berfungsi sebagai platform yang amat berguna bagi seseorang pelajar membuat persediaan awal bagi menempuh alam kerjaya yang lazimnya bermula dengan pemilihan kursus untuk menyambung pelajaran di IPTA/IPTS.Pelajar juga diberi pendedahan berkenaansyarat kelayakan kelulusan yang perlu dimiliki untuk menyambung pengajian selepas SPM.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Program ini bukan hanya bermanfaatkepadapelajar-pelajar yang bakal menamatkan pembelajaran mereka di sekolah, malah masyarakat setempat juga turut berpeluanguntuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi dan jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia serta agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Ini adalah salah satu inisiatif bagi membantu memudahkan pencarian pekerjaan sekaligus usaha kerajaan dalam menurunkan kadar pengangguran dikalangan belia. Kerajaan turut menyediakan kemudahan pencarian kerjaya secara atas talian melalui perkhidmatan portal JobsMalaysia. Selain itu, komitmen kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan dibuktikan dengan penubuhan Pusat JobsMalaysia/JobsMalaysia Center (JMC)iaitupusatsehentiyangberperanandalam menyediakan maklumat dan informasi terkini berhubung peluang-peluang pekerjaan dari semasa ke semasa.Perkhidmataniniditawarkansecarapercumakepadamajikan danparapencarikerja.Terdapat21buahpusatJobsMalaysia diseluruhMalaysiadanJMCadalahsalahsatupusatsehenti yang ditempatkan bersama-sama badan-badan dan agensi- agensi kerajaan yang lain di UTC bagi kemudahan rakyat.

Oleh yang demikian, marilah kita manfaatkan kemudahan yang telah disediakan olehkerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selaku Menteri Besar Selangor yang turut memegang portfolio Pendidikan, sudah semestinya agenda Pendidikan adalah fokus utama saya dan pentadbiran ini. Saya yakin di bawah era Malaysia Baharu, agensi Pendidikan kerajaan negeri dan persekutuan seperti Yayasan Pelajaran MARA dan Yayasan Selangor akan mengorak langkah dalam menjalinkan kerjasama yang erat demi manfaat kepada rakyat khususnya anak muda.

Baru-baru ini saya telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat yang telah diubah suai dan diberi penambah baikan agar dapat memberi manfaat kepada hamper 10,000 pelajar di seluruh Selangor. Selangor juga terus menjadikan agenda TVET sebagai agenda utama buat golongan belia. Program TVET ini memerlukan kerjasama dan peranan penting dari industry agar dapat memberi suntikan jitu kepada golongan sasaran.

Kerajaan Negeri Selangor akan terus merencana polisi dan dasar Pendidikan khusus buat anak-anak muda pemimpin masa hadapan. Walaupun dengan limitasi seperti peruntukan, kami yakin di era Malaysia Baharu ini, kerjasama erat akan menjayakan visi Pendidikan buat rakyat negeri Selangor.

Sebagai mengakhiri ucapan, sekali lagi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Yayasan Pendidkan MARA, Jabatan Pendidikan Selangor dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Selangor (MGKK S) yang telah menjayakan program ini, danjuga kepada semua yang terlibat, mahupun secara langsung atau tidak langsung. Program sebeginilah yang dapat mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat tempatan khususnya bagi yang tinggal di luar bandar.

Harapan saya agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai objektif seperti yang telah disasarkan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan, diberkati segala perancangan, dipermudahkan dan terlaksana dengan jayanya.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya saya merasmikan Program Selangkah Ke Universiti 2019 Anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor dan Majlis Guru Kaunseling Guru Kebangsaan Selangor (MGKK S)ini.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ucapan Perasmian Program Selangkah ke Universiti YPM