Media

Peristiwa
23/4/24
Selangor

Selangor Kini: Unisel jalin kerjasama bidang pertanian dengan universiti, syarikat Korea Selatan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) menjalin kerjasama dalam bidang pertanian dan agrikultur dengan universiti serta syarikat teknologi dari Korea Selatan.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan memaklumkan kerjasama termasuk melanjutkan kajian terhadap teknologi mikroorganisma dalam bidang pertanian untuk jangka masa panjang.

“Unisel menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) mengadakan pertemuan dengan Safuan Korea, Korea Soongsil Cyber University, Korea Telecom dan Nonghyup Bank berkait kajian itu.

“Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) ditandatangani Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman bersama Pengerusi Safuan Korea Lee Kye Jin; Presiden Pendidikan, Kajian dan Pembangunan Park Tan Sri Ahmad Zaki Ansore serta Pengarah Urusan Safuan Korea Park Safuan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Hasril kerjasama memperkasa pendidikan teknologi agrikultur akan dilaksana menerusi usahasama dengan Seoul Universiti dan Korea Advanced Institute of Science and Technology (Kaist) berkaitan silibus dan kandungan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.