Uncategorized

UCAPAN SEMBAH TAAT SETIA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

Ampun Tuanku

Menghadap
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Ampun Tuanku beribu – ribu ampun, Sembah patik mohon diampun.

Didahulukan segalanya, seraya mengangkat puji-pujian dan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Taa’la, yang telah memberi izin dan limpahan kurnia-Nya kepada kita semua di pagi yang sejahtera dan diberkati ini.

TEKS UCAPAN SEMBAH TAAT

/ In Uncategorized / By admin / Comments Off on UCAPAN SEMBAH TAAT SETIA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

Video Hari Raya Aidilfitri Pasukan Liga Super Selangor 2015

Pasukan Liga Super Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami.

 

Ucapan Raya PasukanSelamat Hari RayaSokongan Peminat

Sidang DUN- Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

55.       Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a)          Adakah pihak kerajaan negeri berhasrat menjadikan pemohon-pemohon tawas yang didaftarkan sejak tahun 2008/09, secara automatik layak mendapat faedah dari skim/program tunas & si kembar sebagai satu lagi bentuk bonus selain bonus jom shoppingbernilai RM100.00?

 JAWAPAN:

 a)            Setakat ini tiada perancangan sedemikian kerana syarat dan kelayakan program-program tersebut juga agak berbeza. Ini disebabkan terdapat syarat-syarat tertentu seperti pendapatan isi rumah, Taska dan Tadika yang disyaratkan juga untuk berdaftar dengan skim serta beberapa syarat lain yang memerlukan pengesahan dan semakan.  Namun kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan ia dilaksanakan secara automatik sekiranya beberapa perkara berkaitan dapat diselaraskan pada masa-masa akan datang.

Soalan Dewan Negeri YB Amirudin Shari – 20 November 2013 SKIM SEROJA DAN PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK)

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI

(BATU CAVES)

 TAJUK : SKIM SEROJA DAN PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK)

 27.       Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

 a)            Berapakah peruntukan bagi setiap komuniti yang melaksanakan program PKK dan Seroja?

 b)            Berapakah jumlah keseluruhan  yang digunakan setakat ini?

 c)            Apa rasional kerajaan negeri menetapkan peruntukan skim seroja dan PKK tidak selaras dari segi jumlah peruntukan dan insurans sedangkan kedua-duanya adalah dari kerajaan negeri?

(more…)

Sg Limau: PAS letak minimum majoriti 500

JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.
imag0854 a
Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

“Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinan semasa PAS terhadap PRK kali ini pada sidang media di Markas Induk PAS di Sungai Limau hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengudi di sini yang akan membuat pilihan tepat pada 4 November ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu terlalu yakin kerana tempoh berkempen masih berbaki beberapa hari dan banyak perkara lagi yang harus dilakukan.

Beliau turut ditanya keadaan di mana jentera BN di dakwa telah berjaya masuk ke beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.

“Kita tidak terlalu gusar, kita yakin dengan pengundi.

“Kita amal demokrasi, politik damai, dan kita tidak halang pihak lawan nak masuk kempen ke mana sahaja mereka mahu,” katanya.

Dun Angkat

Ditanya berhubung cadangan agar Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat jika menang, Mahfuz berkata rakyat boleh menilai perkara itu.

“Kalau Datuk Mukhriz ikhlas, tak perlu tunggu menang pilihan raya, sepatutnya dia dah ambil Dun Sungai Limau ini sebagai Dun angkat sewaktu Allahyarham Ustaz Azizan sakit lagi.

“Jadi kenapa baru sekarang, bila ada pilihan raya kecil, baru perkara ini ditimbulkan,” soalnya.

Siapa bertanding

Dalam pada itu, Mahfuz turut persoal siapakah sebenarnya calon BN yang bertanding ekoran wujud beberapa kain rentang yang boleh mengelirukan.

Beliau merujuk kepada kain rentang serta poster yang meletakkan gambar Mukhriz dengan tulisan “N20 PRK Sungai Limau” iaitu seolah-olah Menteri Besar itu yang bertanding.

“Biasa kita letak gambar pemimpin lain sebelah calon ke, atau letak undilah BN ke. Ni macam dia yang kadi calon. Ini boleh mengelirukan.

“Saya minta SPR jelaskan adakah perkara ini dibenarkan,” katanya.

Pro-M Kekal Penguasaan di UIA

KUALA LUMPUR 31 OKT : Pro-Mahasiswa (PRO-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempertahankan kemenangan Pilihan Raya Kampus (PRK) 2013-2014 apabila menewaskan Pro-Aspirasi (ASPIRASI) dengan memperoleh 22 kerusi daripada 25 kerusi dipertandingkan.grafik-kampus-uia

Kemenangan itu diumumkan Pengerusi Pro-M, Muhammad Najib Abdurrahim menerusi satu kenyataan media kepada TV Selangor.

Katanya, walaupun Pro-M berjaya mengekalkan kemenangan itu, namun terpaksa berhadapan kemerosotan undi di beberapa kuliah yang  memberikan tamparan hebat kepada mereka.

“Kami berjaya memenangi kerusi di kawasan panas iaitu di kuliah undang-undang. Kami mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua calon yang memenangi PRK kali ini.

“Tidak lupa ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak, khususnya pengundi dan tenaga jentera yang bertungkus-lumus berkempen demi memberi kemenangan kepada calon kami,” katanya.

Beliau berkata, mereka tidak akan mendiamkan isu berbangkit sepanjang perjalanan PRK dan akan mengumpulkan bukti untuk dibawa ke peringkat tertinggi supaya diberi perhatian serius.

PRK kali ini memperlihatkan 25 buah kerusi kuliah dipertandingkan di Kampus Gombak dan Kuantan yang menyaksikan PRO-M masih berjaya mengekalkan kemenangan walaupun gagal memenangi semua kerusi, seperti PRK 2012-2013.

Proses pengundian bermula sejak jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan sebanyak 62.68% mahasiswa menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi, manakala keputusan rasmi PRK diumumkan jam 9.30 malam di tempat penjumlahan undi universiti itu. -NFN-

 

Pejabat Baru PKM DUN Batu Caves Berhampiran Belakang Masjid Jamek Taman Amaniah

Taman Amaniah : Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves telah mula operasi sepenuhnya bulan Oktober, 2013 berhampiran belakang Masjid Jamek Taman Amaniah, bersebelahan Pasaraya Speedmat 99, Taman Amaniah Mulia,  kata
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari .

1380465_523946221030655_612317440_n
Beliau berkata, perpindahan pejabat PKM DUN Batu Caves adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat yang hadir terutamanya golongan warga emas , OKU yang sukar untuk naik tangga untuk berurusan di pejabat lamanya.

Menurut Amiruddin Pejabat baru ini pada mulanya adalah Dewan Masyarakat  yang di jaga oleh  Persatuan Penduduk Taman Amaniah dan atas persetujuan bersama pengerusi Persatuan Penduduk Tn Hj Ahmad Hasnan  dan hasil perbincangan antara beliau dan pihak PKM DUN Batu Caves, maka beliau telah bersetuju menyerahkan Dewan ini kepada  pihak DUN untuk  dijadikan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat demi kebaikan kepada masyarakat yang uzur terutamanya agar mudah berurusan tanpa menaiki tangga lagi.  

“Justeru saya harap dengan permindahan kami di kawasan baru ini rakyat sudi hadir untuk terus berurusan dengan kami. Waktu operasi Isnin- Khamis 9 pagi -5 petang. Waktu Rehat 1 tengahari – 2 petang,  Jumaat 9 pagi-12.30 tengahari. Waktu Rehat  Jumaat 12.30 tengahari -2.30 petang dan akan berakhir waktu operasi 5 petang. Sabtu –Ahad cuti, katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Korban Taman Jasa Utama  baru-baru ini.

 

ADUN SARAN BELIA & IBU TUNGGAL TERLIBAT DALAM PENIAGA KECIL

Batu Caves : Golongan belia dan ibu tunggal kawasan DUN Batu Caves di saran merebut peluang melibatkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari pagi semalam dalam program Jom Shopping bersama 55 warga emas sempena perayaan Deepavali yang semakin hampir di Pasaraya Tesco Selayang.
IMG_34
Amiruddin berkata, “setakat ini kita telah membuka satu stor jual burger 505 di Selayang Baru yang bermula jam 5 petang sehingga 11.30 malam dan alhamdulilah dapat sambutan dari pembeli. Pendapatan hasil jualan sehari RM300. Peniaga yang terlibat dalam perniagaan ini sekaligus memberi peluang kepada mereka menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja sambilan.

Insya-allah dalam masa terdekat ini saya merancang untuk rakyat Batu Caves iaitu mewujudkan dana penjaja kecil bagi membantu golongan belia dan ibu tunggal menjana ekonomi mereka sendiri. Program tersebut adalah usahawan kecil DUN Batu Caves”, ujarnya.

Menurut Amiruddin sebanyak 10 stor akan dibuka di kawasan Batu Caves. Tempat dan lesen perniagaan akan diuruskan oleh pejabat PKM. Setiap Stor diperuntukkan sebanyak RM 1,500. Barang seperti burger, perlatan, ais batu akan diurus pihak PKM.

Antara barang yang akan di jual ialah burger, “ice blended” dan kuih muih seperti goreng pisang. Sebanyak RM15 ribu di peruntukkan tahun depan bagi menjayakan perniagaan ini. Sekiranya program ini berjaya akan di wujudkan 10 stor lagi dengan peruntukan RM15 ribu lagi.
(more…)