Selangor

Ucapan sempena Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini untuk mengadakan Majlis Rapat Ramadan bagi tahun 2019 yang kini telah menjadi tradisi bagi Kerajaan Negeri Selangor.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor selaku tuan rumah kerana telah berjaya menyelaras Penganjuran Perhimpunan Rapat Ramadan Penjawat Awam Negeri Selangor pada kali ini.

Kita telah menghampiri pertengahan bulan Ramadan yang penuh Rahmat ini. Selepas mengharungi 12 hari berpuasa, saya berharap semoga Allah S.W.T memberkati ibadah kita dan melimpahkan segala kebaikan yang ada di bulan ini kepada kita semua. Bulan ini adalah bulan penyucian jiwa yang menawarkan pengampunan dosa olehNya.

Pengisian Ramadan wajar dipenuhi dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, setiap individu akan mendapat taqwa dan kembali kepada keadaan fitrah yang suci jiwanya. Setiap insan yang bertaqwa akan membina benteng bagi mengawal cabaran nafsu.

Menurut sarjana Islam tersohor yang mengajar di Cambridge Syeikh Abdul Hakim Murad atau nama Inggerisnya Timothy Winter, Ramadan merupakan suatu “disruption” dan “continuation”. Ianya satu disruption kepada kebiasaan kita sebagai hamba Allah Subhanahu wa Taala. Kebiasaan kita yang penuh leka dan lalai terhadap perintah serta laranganNya telah “diganggu”, “disrupted” oleh keberkatan Ramadan. Manakala selepas melalui tarbiyah sepanjang Ramadan adalah menjadi cita-cita kita agar amal itu kekal berterusan pula sehingga kita menemui Ramadan sekali lagi.

Setiap hari kita terbiasa makan dan minum, kita terbiasa dengan mengumpat, kita terbiasa dengan perkara-perkara yang tidak disukai Allah Subhanahu wa Taala. Namun sebulan berpuasa, kita bukan sekadar berlapar, bukan sekadar menahan dahaga di tengah teriknya matahari “global warming”, kita juga dianjurkan meningkatkan amal ibadat kita, selain ibadat wajib, ditambah pula dengan solat tarawih, zikir yang membasahi lidah dan bangun pada waktu malam merayu-rayu keampunan Yang Maha Esa.

“Disruption” pada bulan Ramadan juga menuntut kita melakukan perubahan besar kepada pemikiran kita. Madrasah Ramadan yang telah menyusun semula rutin harian, turut melakukan suatu proses “reformat” terhadap ruh ataupun jiwa kita. Seluruh kehidupan kita pada waktu Ramadan ini sedang melalui proses penjajaran semula; untuk kita kembali kepada fitrah.

Oleh itu Ramadan juga sewajarnya adalah tempoh terbaik untuk kita menghisab kembali atau menginsafi bagaimana kita berinteraksi dengan manusia dan juga dengan alam sekitar.

Marilah kita mengambil peluang ketika Ramadan ini, suatu tempoh di mana Allah Subhanahu wa Taala membuka seluas-luasnya pintu keampunan dan rahmatNya, untuk bertafakur serta menilai semula segala pembaziran yang berlaku di sekeliling kita. Ianya tidak mudah, tidak juga mudah bagi saya dan keluarga, namun kita berusaha perlahan-lahan, bermula dengan mereka yang dekat dengan kita untuk tidak terjerumus dalam pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Janganlah membazir ketika membeli juadah berbuka.

Cubalah sebaik mungkin untuk tidak menggunakan bag plastik. Bawalah bekas atau bag dari rumah. Darat dan laut dipenuhi jutaan tan plastik yang kemudiannya dimakan pula ikan-ikan yang kemudiannya kita pula memakan ikan-ikan tersebut. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam plastik-plastik itu akhirnya merebak dalam badan kita. Tidak hairanlah kita sering mendengar ramai yang menderita penyakit barah atau kanser.

Justeru bersempena bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama berusaha menolak amalan pembaziran dan mengisafi peranan kita sebagai Khalifah di muka bumi. Peranan sebagai khalifatullahi fil ard ini bukan bermakna kita boleh melakukan kerosakan sewenang-wenangnya! Bahkan kitalah bertanggungjawab menghentikan kerosakan tersebut. Al Quran surah Baqarah ayat 30 mengingatkan kita bahawa:
ِ ةَكِئ َ اَ لََمْلِ ل َكُّبَ ر َ الَ ق ْذِإَو يه ِ ف ُدِسْفُ ن ي َ ا م َ يه ِ ف ُلَعْجَتَ وا أ ُ ال َ ق ۖ ًةَ يف ِلَ خ ِضْرَ ْ ي الْ ِ ف ٌلِ اع َ ي ج ِنِ إ َ ون ُمَلْعَ ت َ ا لَ َ م ُمَلْعَ ي أ ِنِ إ َ الَ ق ۖ َكَ ل ُ سِدَقُنَ و َكِدْمَحِ ب ُ حِبَسُ ن ُنْحَنَ و َ اء َ مِ الد ُكِفْسَيَ و Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya: “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhbunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Bertepatan dengan peranan kita sebagai makhluk Allah SWT yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan kebaikan dan menghentikan kemudaratan, makanya besarlah pengharapan saya agar kita dapat melipatgandakan lagi azam dan tekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Marilah kita bersama menginsafi dan mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang masih dikecapi. Direnung kembali. masih ada lagi saudara-saudara kita yang hidup dalam keadaan bergolak dan serba kedaifan.Negara kita adalah sebuah negara yang prihatin dan sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan, Marilah kita sama-sama mendoakan agar kita sentiasa dilindungi dan diberi kemudahan dalam segala urusan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik)

Sebagai penjawat awam, kita dipertanggungjawabkan dengan amanah yang akan dipersoalkan kelak. Justeru, setiap daripada kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri, keluarga dan organisasi. Kita harus bertanggungjawab atas setiap tindakan kita lakukan kerana setiap keputusan dan perbuatan akan mendatangkan kesan.

Bagi maksud ini, saya yakin dan percaya bahawa Penjawat Awam di Negeri Selangor mempunyai integriti yang tinggi dalam mentadbir urus Negeri yang kita sayangi ini. Saya menyeru, seluruh warga Perkhidamatan Awam Negeri Selangor menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah.

Sektor Perkhidmatan Awam adalah tulang belakang pelaksanaan dasar negara dan negeri. Kita tahu bahawa negara-negara maju mempunyai sektor Perkhidmatan Awam yang disegani, berfungsi secara profesional demi kepentingan rakyat. Jadi saya yakin dengan kebolehan dan komitmen penjawat awam negeri ini kita dapat melonjakkan lagi tahap Penyampaian Perkhidmatan Awam ke satu tahap yang lebih tinggi atau sehingga ke world class level.
Saya yakin ketekunan Penjawat Awam Negeri Selangor bukan hanya kerana mengejar imbuhan semata. Keikhlasan dan komitmen warga Perkhidmatan Awam Negeri Selangor adalah berdasarkan tanggungjawab untuk meneruskan kecemerlangan dan melaksanakan tuntutan-tuntutan perubahan yang diingini oleh rakyat selari dengan ikhtiar Kerajaan untuk Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri. Beruntunglah rakyat Negeri Selangor kerana hasil kekayaan Negeri turut diagih bersama rakyat dalam menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan infrastruktur terbaik.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Hasil daripada urusan tanah adalah merupakan penyumbang terbesar pendapatan kepada Negeri ini. Pencapaian kutipan premium sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak RM 455,663,264.66 (42.5%) berbanding RM 185,385,939.31 (17%) pada tahun 2018. Terdapat perbezaan peningkatan sebanyak 25.5% dalam tempoh yang sama.

Manakala kutipan cukai tanah semasa termasuk tunggakan sehingga 30 April 2019 berjumlah RM245,323,997.98 dan kutipan cukai petak dan tunggakan berjumlah RM8,079,881.10. Jumlah keseluruhan yang telah dikutip adalah sebanyak RM 253,403,879.08 berbanding RM 250,595,101.63 dalam tempoh yang sama pada tahun 2018.
Berpaksikan agenda Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri, Kerajaan Negeri Selangor telah menggariskan strategi di dalam menguruskan belanjawan negeri melalui strategi berikut

i. Memacu Pembangunan Ekonomi Negeri.
ii. Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat: Dari Pemberian Kepada Pemberdayaan.
iii. Agenda Pencerahan Selangor dan Pembangunan SeniBudaya.
iv. Melestarikan Alam Sekitar
v. Rakyat Bahagia Negeri Sejahtera

Demi mencapai hasrat tersebut, saya menyeru seluruh warga Perkhidmatan Awam Negeri Selangor berganding bahu membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan strategi yang telah dirancang dalam usaha penjajaran serta peningkatan keberkesanan programprogram peduli rakyat.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera pentadbiran dan pengurusan tanah khususnya kepada PTGS dan PDT dan seluruh anggota pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah bersama-sama bertungkus lumus memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berada pada tahap yang membanggakan.

Justeru bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas kewangan yang dipanggil Insentif Mahabbah Selangor sebanyak satu bulan gaji kepada 19 244 penjawat awam Negeri Selangor dan kepada 739 kakitangan Persekutuan yang berkhidmat di Selangor akan menerima RM 1000 akan dibayar pada 7hb Jun 2019. Ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 33.84 juta. Kerajaan Negeri juga telah membuat keputusan memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan untuk tahun ini adalah sebanyak 3 bulan gaji. Ini bermakna bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapaian prestasi yang diperolehi oleh ketua-ketua jabatan.

Bantuan Khas Kewangan satu bulan gaji juga akan diberikan kepada kakitangan beberapa GLC serta organisasi strategik negeri seumpama UNISEL, Yayasan Hijrah Selangor, Tourism Selangor, Invest Selangor, CCSB Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor, Inspens, Landasan Lumayan, SSDU Inovations, SmartSel Sdn Bhd, Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad, Institut Darul Ehsan dan Pusat Jagaan Rumah Puteri Arafiah yang melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM 5, 621, 200.75 (RM 5.621 juta). Jumlah kakitangan yang menerima pemberian ini adalah seramai 1521 anggota kerja.

Sukacitanya lagi saya mengumumkan suatu bantuan khas kewangan Insentif Mahabbah Ramadan yang melibatkan 2053 surau dan 390 masjid di Negeri Selangor Darul Ehsan membabitkan sejumlah RM 4.1715 juta. Petugas masjid kariah terdiri daripada nazir, imam satu dan imam dua, bilal satu dan dua serta siak satu dan siak akan menerima setiap seorang RM 400. Manakala petugas surau pula yang terdiri daripada pengerusi surau, imam satu dan imam dua, seorang bilal dan seorang siak surau akan menerima setiap seorang RM 300. Bayaran ini merangkumi seramai 12 995 petugas masjid dan surau seluruh Selangor.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, saya ingin berpesan kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam Negeri Selangor agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan khususnya di jalan raya.

Saya mendoakan saudara-saudari pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat untuk berhari raya dalam suasana penuh gembira dan bahagia. Disamping itu, besarlah harapan saya agar semasa kita saling mengunjungi rumah sanak saudara, kesempatan ini diambil untuk menyebar luas dasar-dasar Kerajaan dan kejayaan program-program Kerajaan negeri Selangor yang telah dilaksanakan.

Akhir kata di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dan berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman tercinta.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ucapan YAB MB Selangor-Rapat Ramadan Penjawat Awam

Ucapan Pelancaran Smart Selangor Bus Stop, Aplikasi SITS dan Trek Basikal Shah Alam

Terima kasih saudara pengacara majlis

Bismillah hirrahman nirrahim…

Yang saya hormati ……………………

 

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Pertama sekali, saya ingin memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama di majlis pelancaran Smart Selangor Bus Stop, Aplikasi Selangor Intelligent Transport System atau lebih dikenali sebagai SITS dan juga Trek Basikal Shah Alam bertempat di Dataran Plaza Perangsang, Shah Alam pada pagi yang penuh bermakna ini.

 

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan syabas kepada Smart Selangor Delivery Unit dan Majlis Bandaraya Shah Alam atas pelancaran inisiatif-inisiatif ini yang pasti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor khususnya.

 

Untuk pengetahuan umum, aplikasi Selangor Intelligent Transport System ini membolehkan para pengguna mengenalpasti hentian Bas Smart Selangor yang terdekat di samping menyemak jangkaan waktu ketibaan bas yang seterusnya. Malahan, jadual perjalanan bas Smart Selangor juga turut dipaparkan untuk kemudahan pengguna.

 

 

 

Kewujudan aplikasi ini bertepatan dengan aspirasi Smart Selangor untuk memberi kemudahan serta menaiktaraf hidup rakyat dengan menggunakan teknologi sebagai asas sokongan sejajar dengan visi Selangor untuk menjadi sebuah Smart State terunggul di ASEAN pada tahun 2025.

 

Hadirin sekalian,

 

Kerajaan Negeri terus komited untuk memberi kemudahan kepada rakyat Selangor dengan mewujudkan Smart Selangor Bus Stop. Hentian bas pintar dan unik ini mencerminkan beberapa ciri-ciri utama yang perlu dimiliki oleh sebuah bandar pintar seperti mesra pengguna, infrastruktur selesa dan yang paling utama, kewujudan lapisan digital.

 

Bagi perlaksanaan lapisan digital, ia diupayakan  menerusi penggunaan beberapa komponen seperti sensor, aplikasi, jaringan yang pantas serta platform untuk memastikan tahap perkhidmatan awam menjadi lebih cekap dan pantas.

 

Selain itu, ciri-ciri penting tersebut juga membolehkan pengumpulan data dilakukan seperti jumlah bilangan pengguna, pengguna semasa waktu puncak, demografi pengguna, ketepatan waktu ketibaan bas dan beberapa lagi ciri keselamatan untuk menjamin keselesaan pengguna.

 

Melalui data tersebut, unjuran waktu perjalanan dan penjadualan yang lebih tepat dari semasa ke semasa juga dapat dilakukan sekaligus memastikan perkhidmatan ini menjadi lebih efisyen.

 

Hadirin sekalian,

 

Majlis Bandaraya Shah Alam telah menyambut baik dasar menggunakan basikal sebagai salah satu “’mode’ pengangkutan awam. Pembinaan trek basikal di Pusat Bandar Shah Alam  sepanjang 15km ini meliputi Seksyen 14 dan Seksyen 2 yang bermula pada penghujung 2018.

 

Pembinaan trek basikal ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan ‘first mile’ dan ‘last mile’ di samping melaksanakan salah satu pelan tindakan bandaraya rendah karbon Shah Alam 2030. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan warga Shah Alam.

 

Malah, ia juga berperanan dalam mengintegrasikan pengangkutan awam di Shah Alam khusus dalam pengurusan pengangkutan awam di Pusat Bandar, terutamanya apabila LRT siap kelak. Penyediaan infrastruktur ini sangat penting dalam menggalakkan orang ramai untuk berbasikal.

 

Jesteru, perlaksanaan inisiatif-inisiati ini telah membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat dalam memberi kemudahan yang terbaik. Dikesempatan ini juga saya berharap rakyat  dapat menggunakan segala kemudahan yang telah diwujudkan dengan sebaik mungkin serta menghargainya demi kebaikan bersama.

 

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Smart Selangor Smart Bus Stop, Aplikasi Selangor Intelligent Transport System dan Trek Basikal Shah Alam.

 

Sekian, terima kasih.

 

Ucapan Pelancaran Smart Selangor Bus Stop SITS Trek Basikal

Kenyataan Media berkenaan Penjajaran Program Inisiatif Peduli Rakyat

KENYATAAN MEDIA

26 APRIL 2019

PENJAJARAN PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)

Pelaksanaan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Pemberian manfaat bagi program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi tahun 2019 diteruskan kepada semua penerima sedia ada sehingga 31 Mei 2019.

Bermula 1 Julai 2019, pemberian manfaat KISS diteruskan dengan jumlah yang sama iaitu RM 200 sebulan kepada penerima sedia ada yang berdaftar, memenuhi kelayakan dan tersenarai dalam senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau tersenarai dalam Sistem eKasih.

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan bahawa penerima manfaat KISS adalah terdiri daripada golongan yang benar-benar layak dan golongan yang sangat memerlukan berdasarkan proses pengesahan melalui semakan silang dengan senarai penerima BSH atau Sistem eKasih yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain daripada itu, penerima KISS sedia ada yang belum mendaftarkan diri bagi BSH mahupun eKasih, adalah dinasihatkan untuk segera membuat pendaftaran bagi membolehkan manfaat KISS bagi tahun 2019 terus dinikmati. Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi lengkap borang eKasih yang boleh didapati disemua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dim seluruh Selangor atau secara online di laman web Bantuan Sara Hidup (http://bsh.hasil.gov.my)

Pelaksanaan Skim Peduli Sihat (SPS)

Kerajaan Negeri akan membuat pengemaskinian bagi senarai penerima Skim Peduli Sihat (SPS) sedia ada melalui maklumat yang terdapat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sistem eKasih. Pengemaskinian ini akan mengambil tempoh sebulan bagi pihak pelaksana iaitu pihak Selgate untuk mengemaskini data penerima. Pengemaskinian ini merupakan kali pertama dilaksanakan selepas ianya dilancarkan pada tahun 2017. Setelah 2 tahun dilaksanakan, proses pengemaskinian ini adalah perlu bagi memastikan manfaat Kad Peduli Sihat dirasai oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Keutamaan bagi penerima yang baru adalah kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah.

Proses pengemaskinian ini akan dilaksanakan selama sebulan bermula pada 1 Mei 2019. Dalam tempoh tersebut, semua operasi rawatan di panel klinik akan diberhentikan bagi membantu melancarkan urusan. Sehingga kini, sebanyak 390,524 kad Peduli Sihat telah dikeluarkan bagi memberi manfaat rawatan asas kepada rakyat Negeri Selangor.

Selain daripada itu, pemegang Kad Peduli Sihat sedia ada yang belum mendaftarkan diri bagi BSH mahupun eKasih, adalah dinasihatkan untuk segera membuat pendaftaran bagi membolehkan manfaat Skim Peduli Sihat bagi tahun 2019 terus dinikmati. Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi lengkap borang eKasih yang boleh didapati disemua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) diseluruh Selangor atau secara online di laman web Bantuan Sara Hidup (http://bsh.hasil.gov.my)

Pelaksanaan Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga kebajikan golongan usia emas, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memberikan baucer Jom Shopping bernilai RM 100.00 setiap tahun kepada warga emas.  Jumlah peruntukan untuk program Jom Shopping Warga Emas ini adalah RM20juta setahun.

Manfaat ini akan diberikan kepada warga emas yang berdaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas sempena musim perayaan, bermula pada bulan Oktober tahun ini. Menerusi langkah ini, kerajaan negeri menjangkakan seramai 200 ribu lebih warga emas akan dapat menikmati manfaat ini semasa mereka hidup.

Ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucer Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.

Sejajar dengan penjajaran semula yang dibuat ini, tiada lagi sebarang pembayaran wang khairat kematian kepada waris/ ahli keluarga bagi warga emas yang berdaftar yang meninggal dunia selepas 30 April 2019. Tempoh tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum 31 Mei 2019.

Sehingga kini, sebanyak RM 256 juta (seramai 103,320 orang warga emas yang meninggal dunia) telah dibelanjakan bagi membayar wang khairat kematian bernilai RM2,500 kepada waris-waris, sejak permulaan skim ini pada 1hb Oktober 2008.

Penutup

Dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negeri, saya yakin bahawa seluruh warga Selangor dapat memahami asas-asas keputusan ini diambil meskipun ada beberapa implikasi yang terhasil dari ketetapan Kerajaan Negeri ini.

Langkah penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat ini dilaksanakan demi memastikan kedudukan kewangan negeri yang stabil dan mapan , sekaligus natijahnya nanti akan memastikan bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat dapat diteruskan untuk suatu jangka masa yang panjang (sustainable). Selain itu beberapa proses pengemaskinian dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri Selangor mahu memastikan manfaat-manfaat bantuan tersebut disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Sudah pasti langkah penjajaran ini mengundang ketidakselesaan dan seterusnya mencetus perbandingan dengan kelompok lainnya. Di sinilah persefahaman semua pihak amat diharapkan dalam memahami tujuan dan matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat iaitu ke arah mensasar bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Penjajaran Inisiatif ini juga sama sekali tidak bermakna kesejahteraan atau kepedulian ke atas kelompok lain dikesampingkan, tetapi penumpuan terhadap peningkatan tahap sistem penyampaian perkhidmatan; pembangunan dan pengurusan infrastruktur serta persekitaran hidup yang kondusif, adalah mauduk utama yang difokuskan Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan semua kelompok baik T20 dan M40.

Pendekatan holistik ini tuntas bertujuan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri agar prinsip ‘Selangor Maju Bersama’ yang menjadi tema pembangunan negeri akan berjaya direalisasikan.

Kenyataan Media Penjajaran IPR 26 April 2019

Ucapan Dato’ Menteri Besar Sempena Seminar Ekonomi Negeri Selangor

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang dihormati saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin Ketua Perangkawan Malaysia;

Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim Jantan Timbalan Ketua Perangkawan Program Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia

Yang Berbahagia Datuk Seri-Datuk Seri / Datuk – Datuk ; Penganalisis Ekonomi; wakil agensi, wakil media; sertaTuan/Puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

1. Alhamdulillah, segala pujian dan syukur saya rafak ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk hadir dan bertemu dalam “Seminar Ekonomi Negeri Selangor dan Majlis Kick – Off Banci Perdagangan Borong dan Runcit 2019”. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke majlis ini yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor.

2. Saya mewakili rakyat negeri Selangor khasnya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia atas pemilihan negeri Selangor bagi penganjuran majlis kick – off pelaksanaan salah satu banci berskala besar yang dijalankan setiap 5 tahun. Saya dimaklumkan bahawa banci ini meliputi hampir 500 ribu entiti perniagaan yang terlibat dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit yang mana lebih satu perlima atau 22 peratus daripadanya berada di negeri Selangor.

Para hadirin yang dihormati,

3. Keupayaan kewangan yang stabil serta aspek tadbir urus yang kukuh oleh Selangor ternyata memberi impak kepada hasrat merancakkan ekonomi, memberdayakan rakyat dan mensejahterakan negeri. Selangor sebagai Gedung Ekonomi Malaysia terus kekal sebagai penyumbang utama KDNK Malaysia sepanjang hampir 10 tahun dengan sumbangan yang mencecah 23 peratus pada tahun 2017 dan dijangka terus meningkat pada tahun 2018. Sektor Perkhidmatan merupakan pemangkin utama KDNK Selangor menyumbang 60 peratus, diterajui oleh Subsektor Perdagangan Borong dan Runcit dengan sumbangan 21 peratus.

4. Klusterisasi Wilayah yang diperkenalkan oleh negeri Selangor berteraskan potensi dan kekuatan setempat telah mencipta kekuatan ekonomi seterusnya menawarkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat. Sebanyak 52.7 peratus penduduk Selangor mempunyai pekerjaan, dan ini merupakan pencapaian tertinggi berbanding negeri lain sekali gus membolehkan rakyat mengecapi taraf hidup yang lebih baik. Ini dijelmakan melalui purata pendapatan isi rumah yang meningkat daripada RM7,023 pada tahun 2012 kepada RM9,463 pada tahun 2017. Saya yakin dan percaya kesinambungan ini telah melonjakkan kuasa membeli rakyat, seterusnya memacu pertumbuhan sektor Perdagangan Borong dan Runcit di Selangor.

Para hadirin yang dihormati,

5. Negeri Selangor merupakan bumi bertuah yang dianugerahi aset rupa bumi yang menarik membolehkan sumber pelancongan diterokai. Bertunjangkan capaian perkhidmatan pengangkutan yang cekap serta inisiatif strategik hasil usaha Kerajaan Negeri Selangor menyaksikan industri pelancongan di negeri ini terus mapan. Hasil penemuan Survei Pelancongan Domestik 2017 oleh Jabatan Perangkaaan Malaysia melaporkan bahawa Selangor kekal menerima bilangan pelawat domestik tertinggi di Malaysia iaitu seramai 25.5 juta orang atau menyumbang 12.0 peratus pada tahun 2017. Laporan tersebut turut menzahirkan bahawa pelawat domestik paling banyak berbelanja dalam aktiviti membeli-belah iaitu 36.3 peratus, yang turut memberi impak positif kepada pendapatan peruncit di negeri ini.

6. Selangor juga merupakan gerbang utama Malaysia dan menjadi nadi pembangunan negara dari aspek pengeksportan dan pengimportan barangan dengan nilai dagangan berjumlah RM430 bilion atau mewakili 33 peratus dari jumlah dagangan pada tahun 2017. Senario ini telah menjadikan negeri ini sebagai pemangkin utama dalam merancakkan aktiviti pemborongan di Malaysia.

7. Justeru, majlis Kick – Off Banci Perdagangan Borong dan Runcit 2019 yang diadakan di negeri Selangor pada hari ini adalah sangat bertepatan kerana sebagai kuasa ekonomi di Malaysia, pencapaian negeri Selangor adalah ” game changer ” buat seluruh negara. Majlis pada hari ini merupakan suatu wadah penting bertujuan memupuk kesedaran, pendedahan dan kefahaman kepada pertubuhan perniagaan serta komuniti pada keseluruhannya peri pentingnya statistik Perdagangan Borong dan Runcit sebagai peneraju demi pertumbuhan negara yang lebih mapan.

Kepentingan Dan Keperluan Statistik Dalam Memacu Kemakmuran Ekonomi

Para hadirin yang dihormati,

8. Dalam konteks negara, statistik rasmi digunakan untuk membuat keputusan berasaskan bukti, atau ” evidence-based decision making” . Sehubungan itu, ketersediaan statistik yang berkualiti, bertepatan masa serta reliable sangat kritikal dalam membuat polisi baru dan menilai serta memantau keberkesanan polisi sedia ada bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Statistik berkait kependudukan misalnya digunakan secara komprehensif bagi merancang penggunaan tanah, perumahan, penyediaan prasarana pendidikan, kesihatan serta infrastruktur lain. Dalam ruang lingkup yang lebih luas, indikator utama seperti KDNK, kadar inflasi, kadar kemiskinan, pendapatan per kapita dan tenaga buruh digunakan bagi pemantauan kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan rakyat di peringkat global. Jabatan Perangkaan Malaysia, tidak terkecuali dalam memenuhi keperluan statistik global ini bagi merealisasikan agenda dunia seperti Matlamat Pembangunan Mapan atau lebih dikenali sebagai Sustainable Development Goals, atau SDGs.

Statistik Janaan DOSM Sebagai Sumber Rasmi

9. Jabatan Perangkaan menerbitkan statistik rasmi untuk Negara yang dijadikan rujukan utama di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Dalam hubungan ini, umum mengetahui statistik yang dihasilkan adalah berpasak serta bertunjangkan standard dan garis panduan yang ditetapkan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Justeru, saya amat yakin statistik yang dihasilkan adalah reliable serta comparable atau setara khasnya di gelanggang global. Sehubungan itu, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan digunakan secara komprehensif dan intensif dalam merencana polisi pembangunan di negeri Selangor.

Keupayaan Statistik Dalam Era Ekonomi Digital dan Lonjakan Industri 4.0

Para hadirin yang dihormati,

10. Bertepatan dengan peredaran masa dan peralihan zaman, dunia kini tertumpu kepada era Data Revolution, Big Data dan Data Analytics. Sehubungan itu, statistik kini bukan sahaja digunakan sebagai alat mengukur prestasi semasa, tetapi ianya telah memasuki fasa yang lebih kompleks. Bidang statistik perlu bergerak seiring dengan beralih kepada penggunaan Artificial Intelligence atau Kepintaran Buatan dalam membuat prediction untuk sebarang kemungkinan senario yang akan berlaku di masa hadapan.

11. Dunia kini juga sedang berdepan Revolusi Perindustrian yang kini telah memasuki peringkat keempat atau juga dikenali sebagai Lonjakan Industri 4.0. Bak kata ahli bijak pandai Greek, “ the only constant is change ”, yakni, antara perkara yang pasti berlaku adalah perubahan. Fasa ini menyaksikan evolusi sistem pengkomputeran dan proses automasi berlaku dengan pesat. Mendepani fenomena ini, statistik mampu membantu kerajaan dan penggubal dasar dalam merencanakan dampak lonjakan industri ini yang memberi faedah kepada pembangunan negara serta rakyat secara holistik.

12. Dalam konteks pelaksanaan banci ini, terdapat beberapa inovasi yang diperkenalkan bagi meningkatkan keupayaan statistik dalam mendepani evolusi yang berlaku dalam ekonomi. Antaranya adalah menerbitkan statistik baharu berkenaan penggunaan ICT dan e-Dagang dalam perniagaan, inovasi dan pembiayaan, penggunaan R&D serta perbelanjaan terhadap alam sekitar. Statistik ini berupaya mengenalpasti revolusi yang dialami oleh peniaga bagi mengukur tahap persediaan mereka khasnya dalam menghadapi Lonjakan Industri 4.0 yang memerlukan perubahan dibuat seiring dengan perkembangan digital untuk kekal berdaya saing.

Statistik Yang Lebih Terperinci Di Peringkat Negeri

Para hadirin yang dihormati,

13. Selari dengan aspirasi Jabatan dalam menyediakan statistik terperinci bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, saya difahamkan buat julung kalinya, Banci Perdagangan Borong dan Runcit yang dilaksanakan pada tahun ini akan menerbitkan statistik yang lebih terperinci di peringkat small – area . Ini bertujuan mengenalpasti taburan, struktur serta prestasi pemilik perdagangan borong dan runcit di peringkat mikro. Inisiatif yang diusahakan ini bakal memberi gambaran secara holistik prestasi sesuatu lokaliti mengikut pelbagai dimensi dengan paduan statistik sedia ada yang telah diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan seperti kependudukan, guna tenaga, pengangguran, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

14. Pastinya, statistik di peringkat terperinci ini merupakan teras utama bagi perancangan pembangunan serta penilaian keberkesan segala hasrat dan aspirasi Kerajaan umumnya dan Negeri Selangor khasnya bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini. Saya sangat yakin usaha membangunkan potensi ekonomi mengikut lokaliti yang diperkenalkan menerusi agenda Klusterisasi atau Gugusan Ekonomi Selangor dalam belanjawan tempoh hari akan dapat direalisasikan dengan jayanya berpaksikan statistik ini.

Jalinan Kerjasama Strategik Bagi Memperkasa Statistik

Para hadirin yang dihormati,

15. Penghasilan statistik yang lebih terperinci hasil garapan banci ini pastinya akan mencetus kerjasama yang lebih erat di kalangan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Dengan ini, suka saya menyeru kepada semua agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor di semua peringkat akar umbi supaya sama-sama menggembleng tenaga dalam memastikan penyusunan statistik yang lebih sistematik bagi memperkasa statistik demi kesejahteraan setiap segmen masyarakat. Penemuan banci ini juga dijangka akan mencetuskan minat pengguna statistik rasmi yang sentiasa dahagakan data di peringkat lokaliti bagi menambahbaik keperluan perancangan dan pembuatan dasar di peringkat small – area .

Statistik Untuk Matlamat Memacu Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor

Hadirin yang dihormati,

16. Komitmen Malaysia dalam menyahut agenda pembangunan dunia iaitu SDGs dalam melonjakkan pembangunan negara telah diaplikasikan melalui salah satu fokus dalam RMK-11 iaitu “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”. Di peringkat Negeri Selangor pula, bertunjangkan agenda pembangunan bagi tempoh 2016-2025, Kerajaan Negeri Selangor telah menggariskan 12 Smart Selangor Domains yang sejajar dengan 12 matlamat SDG.

17. Justeru, program-program dan perancangan pembangunan ekonomi di Negeri Selangor dapat diukur dan dinilai melalui statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Maka, statistik utama terbitan banci ini seperti pendapatan, margin, tenaga buruh dan gaji, harta dimiliki serta penggunaan ICT merupakan indikator yang amat diperlukan bagi merealisasikan aspirasi serta arah tuju polisi negeri Selangor.

Penutup

Para hadirin yang dihormati,

18. Dalam penghasilan statistik banci yang komprehensif ini, sudah pasti ia memerlukan kerjasama kolektif semua entiti dalam ekosistem Statistik Negara. Sayugia saya menyeru sinergi strategik dan berkesan diperkukuhkan antara pertubuhan perniagaan, individu serta agensi kerajaan dan swasta untuk memberi manfaat kepada negara dan rakyat, bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga pada masa hadapan.

19. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menzahirkan rasa kebanggaan akan pencapaian Jabatan Perangkaan Malaysia yang semakin memantapkan kedudukannya dalam liga statistik antarabangsa dengan penganjuran aktiviti terulung iaitu “The 62nd ISI World Statistics Congress 2019” pada 18-23 Ogos 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. Justeru, saya menyeru penglibatan dan penyertaan aktif oleh para hadirin sekalian dalam persidangan yang berprestij ini yang julung kali diadakan di negara kita.

20. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan majlis ini dan adalah menjadi harapan saya agar segala hasil yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya. Suka saya menyeru kepada pihak Jabatan Perangkaan Malaysia serta semua pihak terutama para pemilik perniagaan selaku responden, stakeholder, agensi Kerajaan dan swasta serta komuniti supaya saling ganding-berganding serta lengkap-melengkapi dalam menyokong dan bekerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan banci ini.

Yakinlah bahawa ketersediaan statistik yang relevan membolehkan pengukuran dan pemantauan prestasi sosioekonomi Negara dibuat bagi memacu pertumbuhan ekonomi demi mencapai kemakmuran semua.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya dengan ini merasmikan “Seminar Ekonomi Negeri Selangor dan Majlis Kick – Off Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019”.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum.Warahmatulllah. Terima kasih.

TUAN AMIRUDIN BIN SHARI
MENTERI BESAR SELANGOR
24 April 2019

Teks Ucapan MB Selangor – Banci

Speech during E-Commerce Hub Certification Award Ceremony

  • YB Dato’ Teng Chang Khim, Chairman of the Standing Committees for Investment, Industry & Commerce, Small & Medium Enterprise (SME),

 

  • YB Tuan Hee Loy Sian, Chairman of Environment, Green Technology, Consumer, & Non-Islamic Affairs Committee,

 

  • Dato’ Hasan Azhari, CEO of Invest Selangor Berhad,

 

  • Dato’ Seri Subahan Kamal, Chairman of ALCOM Group Berhad,

 

  • Dato’ Tony Lim, Managing Director of SCland Development SdnBhd,

 

  • Honoured guests,

 

  • Members of the media,

 

  • Ladies and gentlemen.

 

  • Good afternoon.

 

  • Two weeks ago, before kicking off the penultimate ‘Jelajah Maju Bersama’ statewide visit to each district in Selangor, I stopped by ‘Roti Canai Terowong in Kanchong Darat, Kuala Langat’ for breakfast.

 

  • It came highly recommended by my friends in Banting who said, “This is a must-try spot for breakfast in Banting’.

 

  • And they were right. The stall was packed slightly before 6am and the owner told me how far they had come as a family after starting the stall some years ago.

 

  • Similarly, the first phase stretching 10 years of Pakatan Harapan’s leadership in Selangor was a case of rebooting, reconfiguring and recalibrating the state to correct the mistakes of the past while improving the quality of lives for Selangor’s working class.

 

  • The 10 years saw 43 various social uplifting initiatives through the now-famed Inisiatif Peduli Rakyat, from education and welfare assistance, to health screening and micro/small business loans.

 

  • That was the first phase.

 

  • Over breakfast in that roti canai stall, I thought to myself, “If only many others in Selangor would have a chance to try this roti canai because it was certainly very good”.

 

  • In the digital revolution era, we do not go out looking for food, but food comes to us at the click of a button or a mobile application.

 

  • And that is where I see Selangor’s position in phase 2 of Harapan’s administration in the state; a data-driven approach to diversifying Selangor’s economy and improving our service delivery to people.

 

  • Last year, the records tumbled as Selangor gained RM Ten Point Eight Three Seven billion (RM10.837) in Foreign Direct Investment, a Four Hundred Point Seven percent increase (400.7%) from 2017, which brought in RM Two Point One Six Four billion (RM2.164 billion).

 

  • This demonstrates what foreign and local investors value; the commitment of Selangor’s state government to transparency, efficiency and stability.

 

  • These key factors, coupled with the various efforts to diversify and further promote Selangor as a viable investment destination in the region have been effective.

 

  • Invest Selangor Berhad, SITEC as well as the collective efforts of Local Authorities, District Offices and other agencies must be commended as they have been working tirelessly in the past year.

 

  • In this era of unprecedented growth, Selangor aims to place solid building blocks to a more stable and prosperous future rather than rest on our laurels.

 

  • As the world hurtles towards a digital future aiming to link people, data and objects, it is key for Selangor to stay ahead of the curve instead of playing catch up.

 

  • Selangor is eager to diversify our economy to include investments within the digital economy, in fields such as Artificial Intelligence (AI), Blockchain, E-Commerce, Cloud Computing, E-Sports, Financial Technology or Fintech, and the Fourth Industrial Revolution (IR4.0).

 

  • However, my administration is cognizant of the fact that people have to be the fulcrum of growth in Selangor by ensuring no one will be left behind and be victims of the digital divide.

 

  • This is where the likes of SITEC and others play a key role in equipping local SMEs with the skills of digital marketing and business scaling to maximise the potential in the digital economy.

 

  • The public and private sectors must make a commitment to invest in startups, creating an agile economy which is able to weather external shocks by providing internal solutions to our economic needs.

 

  • The e-wallet wave and better logistics and delivery has seen the reduction in use of bank notes and an increase in online payments, while stall and restaurant operators like the roti canai shop in Kuala Langat I mentioned can avail themselves to a variety of food delivery interfaces like FoodPanda or Grab Food.

 

  • These advancements make the day-to-day interface between a buyer and seller much simpler and straightforward from times gone by.

 

  • This is the quantum leap Selangor is capable of and with the necessary strategic initiatives, I am confident we will be able to make this transition.

 

  • The SITEC E-Commerce Hub Award to SCland for the development of the EM Hub marks and important step for Selangor towards New Retail – where Online to Offiline (O2O) and the Online Merger with Offline businesses (OMO) are rising.

 

  • At the E-Commerce Hub, sellers can operate remotely while having a storage and showroom area.

 

  • SITEC will also facilitate a digital economy system which will include a payment gateways, logistics services as well as talent development programmes relating to e-commerce.

 

  • This will also be an opportunity for traditional businesses to capitalise on the one-stop e-commerce centre to make that quantum leap into the digital economy, provided they are given the necessary assistance and direction to make the transition into the digital space.

 

  • I congratulate Dato’ Teng Chang Khim, chairman of SITEC, as well as the Chief Executive of SITEC, Yong Kai Ping, for leading the efforts towards ensuring a comprehensive Selangor E-Commerce Hub Certification process that encourages a unified approach between the state government, property developers and key players in the digital space.

 

  • I hope that this first-of-its-kind E-Commerce Hub Certification will be well received by the business community as a gateway to the digital ecosystem.

 

  • I look forward to seeing the mushrooming of similar E-Commerce Hub initiatives, keeping Selangor ahead of the game and turning it into a regional and global trading hub that is ripe with opportunities in the digital economy ecosystem.

 

  • Thank you.

 

 

Speech Text – SITEC E-Commerce Hub Groundbreaking

Ucapan Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Anugerah Prestasi Cemerlang 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2019

 

Terima kasih Saudara dan Saudari Pengacara Majlis;

 

Yang Berhormat Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya,

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

 

Yang Berhormat Dato’ Nor Azmie bin Diron,

Pegawai Kewangan Negeri Selangor;

Yang Berhormat Dato’ Masri bin Mohd Daud,

Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor;

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);

Yang Berusaha Pegawai-pegawai Daerah, Datuk-datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua-ketua Jabatan;

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian;

Yang dihormati dan diraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormatisekalian.

  1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama bertemu dan berhimpun di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) Tahun 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya majlis yang diadakan secara tahunan ini memberi kesempatan kepada saya untuk beramah mesra dengan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor seterusnya meraikan penerima anugerah APC 2018 dan para penerima AJD 2019.
  1. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk merai dan menyampaikan sijil-sijil kepada warga PSUK Selangor yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2018, di samping sijil penghargaan kepada pesara dan bakal pesara di PSUK Selangor. Selain itu, sebagai satu bukti pengiktirafan kita terhadap penjawat awam, penganugerahan AJD juga diberikan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun tetapi kini masih berkhidmat di PSUK Selangor.

 

  1. Majlis APC 2018 dan AJD 2019 ini akan melibatkan penyampaian anugerah kepada 170 orang penerima daripada jabatan-jabatan yang berikut:

 

BIL JABATAN APC 2018 AJD 2019
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 64 8
2. Perbendaharaan Negeri Selangor 18 9
3. Pejabat Tanah dan Galian Selangor 30 5
4. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 10 1
5. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 10 5
6. Majlis Sukan Negeri Selangor 6
7. Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor 3 1
JUMLAH 141 29

Para hadirin yang dihormati sekalian,

 

  1. Pada majlis ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara-saudari yang berjaya terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran SUK Selangor pada tahun ini. Penganugerahan ini adalah sebagai tanda pengikitrafan Jabatan dan Kerajaan terhadap prestasi kerja yang cemerlang yang telah disumbangkan oleh saudara-saudari sekalian. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus dipupuk dan menjadi contoh kepada anggota-anggota lain di Jabatan ini. Besar harapan saya agar anugerah ini akan memberi motivasi dan pembakar semangat saudara-saudari untuk berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi sebagai menghargai pengikitrafan yang telah diberikan.

 

  1. Bagi anggota-anggota yang tidak terpilih menerima anugerah pada tahun ini, bukanlah bermakna saudara-saudari tidak merupakan anggota yang cemerlang. Dalam Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang diadakan bagi memilih penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, didapati ramai calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Namun, kita harus faham bahawa dalam pemilihan, pasti ada persaingan untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang baik. Justeru itu, setiap anggota hendaklah sentiasa menanam sikap ingin bersaing secara sihat dan komited dengan tidak mengharapkan pengiktirafan anugerah semata-mata. Keikhlasan dalam bekerja sebenarnya adalah merupakan suatu ibadah. Jika ini difahami, maka ia akan melahirkan keseronokan bekerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam.

 

  1. Suka saya mengingatkan bahawa tugas sebagai penjawat awam menuntut pengorbanan yang bukan sedikit demi memastikan penyampaian perkhidmatan adalah perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi. Untuk menyempurnakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, kita perlu sentiasa mempraktik dan menitik-beratkan beberapa prinsip asas bekerja seperti ketepatan masa, ketepatan fakta, teliti dan terperinci dalam pelaksanaan tugas serta kesanggupan untuk go to the extra miles dalam memenuhi ekspektasi pelanggan. Sekiranya prinsip-prinsip tersebut diamalkan, saya yakin dan percaya bahawa Pentadbiran SUK Selangor mampu menghasilkan modal insan dan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf world class.

 

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian;

 

  1. Bagi menentukan prestasi kerja penjawat awam dapat diukur dengan lebih adil dan objektif, Kerajaan telah memperkenalkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sebagai salah satu mekanisme pengukuran prestasi kerja penjawat awam. Dalam hal ini, ingin saya mengingatkan agar sistem pemarkahan yang diberi hendaklah berpatutan, wajar, tidak terlalu ekstrem dan memberi gambaran sebenar prestasi pegawai yang dinilai. Ini kerana terdapat kes dimana pegawai yang dinilai diberi markah melebihi 96% atau menghampiri tahap maksimum sedangkan masih terdapat banyak ruang bagi anggota tersebut untuk memperbaiki kelemahan diri dan prestasi kerjanya.

 

  1. Oleh yang demikian, saya berharap supaya setiap penilaian prestasi yang dibuat hendaklah bersifat lebih objektif dan realistik bagi menggambarkan prestasi sebenar anggota berdasarkan kepada pencapaian hasil kerja, pengetahuan, kemahiran, kualiti peribadi serta sumbangan pegawai dalam tahun yang dinilai.

 

  1. Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Adalah menjadi harapan saya agar kecemerlangan ini akan terus dikekalkan dan menjadi pendorong untuk kejayaan lain yang lebih besar pada masa akan datang. Bagi yang tidak terpilih, janganlah berputus asa. Teruskan berusaha, kerana seperti kata Paul Arden, “it’s not how good you are, but it’s how good you want to be”. Bagi pesara dan bakal-bakal pesara pula, ingatan saya adalah supaya tuan-tuan dan puan-puan laluilah masa persaraan dengan langkah yang penuh optimistik dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang tuan-tuan dan puan-puan ceburi selepas ini.

 

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Teks Ucapan Majlis APC 2018 dan AJD 2019

Ucapan Penggulungan Sidang Dewan Negeri Selangor Mac 2019

25 MAC 2019

 

UCAPAN PENGGULUNGAN 

PEMBUKAAN

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

 

Ahli – Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor berhimpun memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Keempat Belas.

 

Saya mahu rakamkan penghargaan kepada semua ahli dewan yang mengambil bahagian dalam perbahasan. Pada persidangan kali ini seramai22 Ahli Dewan Negeri telah membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

 

Ini membuktikan komitmen kita semua- baik yang berada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang – terhadap amalan demokrasi berparlimen. Sungguhpun Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke Empat Belas menzahirkan sokongan “super majority” kepada kerajaan, namun ini bukan bermakna suatu “carte blanche” kepada Kerajaan Harapan. Kita menghormati suara dan perbahasan pihak pembangkang terutamanya daripada Sungai Air Tawar.

 

PENUTUP

 

Pada sidang kali ini, antara yang dihujahkan oleh ketua pembangkang kononnya kekalahan PRK Semenyih adalah disebabkan kerajaan negeri tidak berjaya menunaikan janji-janjinya untuk membela rakyat negeri ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana mengingatkan kerajaan negeri akan tanggung jawabnya untuk membela nasib rakyat dan mensejahterakan negeri.

Kerajaan Negeri sangat komited untuk melonjakkan kedudukan rakyat dan negeri. Justeru Selangor mencatatkan jumlah pelaburan terbesar sepanjang 25 tahun ini iaitu RM 18.9 billion bersamaan peningkatan 238% berbanding tahun 2017, FDI pula RM 10.837 billion dan sebanyak 18,475 peluang pekerjaan dicipta. InshaAllah kita akan terus berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mencipta kekayaan dan mengagihkannya pula untuk dinikmati rakyat negeri ini.

 

Oleh itu izinkan saya mengingatkan Ketua Pembangkang bahawa janganlah takabur dengan kemenangan di Semenyih. Kononnya ianya suatu referendum menolak kerajaan negeri. Tidak elok melatah. Kita di sebelah sini pun pernah memenangi PRK seperti Lunas, Bukit Selambau, Bukit Gantang tatkala menjadi pembangkang. Keadaan waktu itu jauh lebih sukar. Media dikongkong dan kita sering diintimidasi. Kemenangan-kemenangan tersebut tidak menjadikan kita angkuh.

 

Marilah kita menyorot Perjanjian Hudaibiyah yang menyaksikan kesabaran Rasulullah SAW dihina musuh-musuhnya. Ketika membincangkan terma-terma perjanjian dengan pihak musuh, Rasulullah SAW malahan sanggup mengeluarkan perkataan bahawa baginda adalah “Pesuruh Allah” daripada lembar perjanjian dan digantikan dengan sekadar Muhammad Bin Abdullah. Ada sahabat yang marah. Ada sahabat yang tercabar. Ada sahabat yang sedih.

 

Akan tetapi Rasulullah SAW punya perancangan jangka masa panjang yang tersusun dan strategik.

Walaupun dikatakan perjanjian Hudaibiyah itu seolah-olah suatu kekalahan, hakikatnya ia membuka luas jalan kemenangan, kepada Fathul Mekah serta menempa kejayaan panjang kepada Peradaban Islam di kemudian hari.

 

Kerana itu, biarlah pembangkang bersorak terlebih dahulu. Biarlah mereka takabur dengan kemenangan yang sekejap. Pentabiran Negeri Selangor akan terus mencurahkan segenap tenaga untuk memastikan negeri ini tetap unggul sebagai sebuah negeri termaju dan pada masa yang sama meneruskan ikhtiar membela nasib rakyat. InshaAllah dengan bantuan dan dokongan penjawat awam serta rakyat negeri ini, kita akan menjayakan dasar-dasar yang sedia ada seperti Smart Selangor dan dasar-dasar baharu yang dilakar seumpama Klusterisasi dan Penjajaran Program IPR.

Ucapan Penggulungan YAB Dato Menteri Besar

 

 

 

Peluang Kolaborasi Pihak Swasta Dalam Program Smart Selangor 2019

Kenyataan Media

21hb Mac 2019

PELUANG KOLABORASI PIHAK SWASTA DALAM PROGRAM SMART SELANGOR 2019

Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) adalah anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimandatkan untuk menerajui pembangunan program Smart Selangor bagi pihak kerajaan negeri Selangor menjayakan visi untuk menjadikan Selangor sebagai the Premier Regional Smart State di rantau ASEAN menjelang tahun 2025. Program Smart Selangor bermatlamat menjadikan Selangor sebagai negeri serantau yang lebih produktif, lebih berdaya huni yang memastikan kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar seiring dengan pembangunan yang dicapai.

Inisiatif-inisiatif Smart Selangor dapat dirangkumi menerusi 12 tunjang utama iaitu: Smart Governance, Smart Waste Management, Smart Traffic and Mobility, Smart Digital Infrastructure, Smart Healthcare, Smart Education, Smart Disaster Management, Smart Food & Agriculture, Smart Building & Energy, Smart Water Management, Smart Safety & Security dan Smart Social Support yang merangkumi program Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri.

Pada hari ini saya ingin memaklumkan bahawa pihak SSDU akan membuat pengumuman mengenai suatu proses Expression of Interest (EOI) yang akan dilaksanakan bagi mempelawa syarikat-syarikat pembekal teknoloji tempatan dan antarabangsa untuk turut serta berkolaborasi dalam pembangunan beberapa inisiatif asas Smart Selangor untuk tahun 2019. Ini adalah satu lagi contoh polisi dan pendekatan ‘business friendly’ oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menjadi teras pentadbiran ini. Saya amat berharap agar agenda Smart Selangor ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi penglibatan lebih banyak syarikat-syarikat swasta di Malaysia.

YAB Tuan Amirudin Shari

Dato Menteri Besar Selangor

21 Mac 201

SSDU

Teks Ucapan Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Hari Ulangtahun ke-47 RELA peringkat negeri Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

YBhg Ketua Pesuruhjaya RELA Zulkifli bin Abidin Ketua Pengarah RELA Malaysia

Yberusaha Tuan Nor Zahidi Bin Abdul Rahman Pengarah RELA Negeri Selangor

Ketua-Ketua Jabatan

Pegawai-pegawai kanan Jabatan

Barisan pengurusan tertinggi RELA

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Pegawai-pegawai RELA Malaysia, Ahli-ahli Kehormat dan Bersekutu RELA, Anggota-anggota RELA, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama berhimpun pada hari ini untuk meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-47 Jabatan Sukarelawan Malaysia Peringkat Negeri Selangor. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada seluruh warga RELA Malaysia di serata pelosok tanah Selangor yang tercinta ini.

2. Sejak penubuhannya pada 11 Januari 1972, RELA Malaysia telah menempuh pelbagai cabaran, dan sehingga ke hari ini masih lagi utuh berdiri dan berkembang dengan majunya. Bermula dengan Pasukan Home Guard, yang mengembleng tenaga sukarelawan di seluruh negara bagi membantu kerajaan menangani masalah pengganas komunis, pasukan ini telah berkembang menjadi sebuah Jabatan yang menguruskan tenaga sukarelawan seramai 3.1 juta anggota. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga RELA Selangor!

3. Tema sambutan Hari Ulang Tahun pada tahun ini iaitu “Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat” adalah sangat bertepatan dengan peranan dan fungsi RELA Selangor. Kewujudan pasukan ini adalah untuk memberi ruang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dalam mempertahankan tanah air tercinta dan juga menjaga kesejahteraan serta keamanan setempat. Untuk itu, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga RELA Selangor yang sanggup menyahut seruan dan cabaran ini.

RELA SELANGOR.: PANDANGAN KE HADAPAN

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

4. Kita semakin menghampiri sasaran wawasan negara kita untuk menjadi sebuah negara maju. Namun, walau bagaimana pesat sekalipun kemajuan negara, jika ia tidak diisi dengan masyarakat yang bertanggungjawab dan berpekerti mulia, kemajuan yang kita capai adalah ibarat pokok besar yang lebat daunnya di luar tetapi berlohong di dalam. RELA Selangor mempunyai peranan yang besar dalam mengisi makna sebuah negara maju yang telah lama kita nantikan.

5. Melalui wadah RELA Selangor, jaringan aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh jabatan ini boleh menyemarakkan sifat kebertanggungjawaban dan keprihatinan masyarakat Selangor. Semangat bergotong-royong boleh disemarakkan melalui programprogram Khidmat Bakti RELA. Pelaksanaan pelbagai program yang bertujuan untuk mengekal dan menjamin kesejahteraan penduduk setempat seperti membaik pulih dan membersihkan rumah-rumah ibadat, pusat-pusat tahfiz dan rumah-rumah orang kurang berkemampuan yang daif dan uzur serta bergotong-royong membersihkan sarang-sarang penagihan dadah, pembiakan nyamuk serta kawasan terbiar di kampungkampung dan perumahan awam wajar dirancakkan lagi dengan penglibatan komuniti setempat. Saya percaya sifat kebertanggungjawaban terhadap kesejahteraan masyarakat setempat boleh diterapkan melalui program-program yang dianjurkan oleh RELA.

6. Selain itu, RELA Selangor juga mampu menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah bersama komuniti dalam usaha mengurangkan kejadian jenayah. Alhamdulilah, pada tahun lalu, Jenayah Indeks Per 100,000 Penduduk Selangor mencatatkan penurunan sebanyak 11.9 peratus atau 11,949 kes kepada 88,662 kes berbanding nilai ambang yang ditetapkan iaitu 100,611 kes. Saya juga difahamkan bahawa pada tahun lepas anggota-anggota RELA telah berjaya melaksanakan 17,397 rondaan keselamatan secara sukarela di seluruh Selangor dalam usaha mencegah jenayah di kawasan setempat. Ini adalah satu usaha murni yang patut diteruskan dengan penglibatan komuniti setempat untuk bersama-sama menggalas peranan dan tanggungjawab memastikan insiden-insiden jenayah di Selangor ini terus berkurangan.

7. Dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat, peranan para pegawai dan anggota RELA Selangor perlu dikembang luaskan lagi dengan penglibatan bersama agensi-agensi lain dalam menguruskan insiden-insiden bencana dan kecemasan. Anggotaanggota RELA berupaya menjadi pasukan yang paling awal tiba di tempat kejadian sebelum ketibaan pasukan Polis, Bomba atau ambulans kerana anggota RELA berada di mana-mana sahaja. Meskipun, telah termaktub dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 peranan RELA Malaysia dalam pengurusan bencana negara, tanggungjawab tersebut perlu diperluaskan skopnya dalam usaha melicinkan pengurusan mangsa bencana. Justeru, usaha pemerkasaan dan pembangunan keupayaan pegawai serta anggota RELA hendaklah sentiasa ditingkatkan supaya mereka mampu menggalas tanggungjawab dan peranan penting ini.

8. Selain itu, anggota RELA Selangor yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya adalah rencah utama kekuatan jabatan ini. RELA Selangor merupakan natural melting pot dalam menyatu padukan rakyat Selangor. Saya berharap semangat kekitaan dan amalan perkongsian antara kaum yang telah lama diamalkan oleh jabatan ini akan terus subur supaya perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

9. Tidak lupa juga penglibatan orang muda dalam aktiviti kesukarelawanan juga perlu ditingkatkan. Mereka ini adalah pewaris negara. Semangat kesukarelawanan haruslah disematkan di sanubari anak-anak muda kita untuk memastikan semangat ini tidak hilang ditelan arus peredaran zaman. Mereka inilah yang akan mengisi dan mencorakkan masa depan negara.

10. Sehubungan ini, saya mengucapkan syabas kepada RELA Selangor yang telah bertapak di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Selangor menerusi penubuhan Briged RELA Siswa Siswi atau RELASIS. Ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam usaha untuk melebarkan jaringan aktiviti kesukarelawanan berteraskan keselamatan kepada anak-anak muda kita. Saya berharap Briged RELASIS dapat dikembangkan lagi ke semua institusi pengajian tinggi awam di seluruh negeri Selangor.

PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA RELA MALAYSIA

11. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada warga RELA di seluruh Selangor kerana bersedia memikul tugas dan peranan kesukarelawanan yang berpaksikan keselamatan ini. Pakaian seragam yang tuan-tuan dan puan-puan sarung itu adalah bukti komitmen anda semua untuk berjuang bersama-sama pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta ini dan berbakti kepada masyarakat. Jika pasukan keselamatan itu tulang belakang keamanan negara, andalah sendinya.

PENUTUP

12. Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun RELA yang ke-47 kepada seluruh warga RELA Selangor. Akhir kata, dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan penuh rasa syukur dan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-47 Peringkat Negeri Selangor.

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Ucapan Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Konvensyen Melestari Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor

Yang Amat Dihormati Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

Yg. Berusaha, Puan Salwana Binti Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor

Yang Berhormat Tuan Mohd Zawawi Bin Hj Ahmad Mughni Pembantu EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Selangor

Yang Dihormatkan Orang-Orang Besar Daerah

Yang Berusaha Ketua-Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

Sahibul Fadhilah Ustaz Mohd Farhan Bin wijaya Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Ashabul Fadhilah, Pegawai-Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah

Seterusnya Dato’-Dato’ dan tuan-tuan para peserta konvensyen yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.

3

1. Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T serta selawat kepada baginda Rasul S.A.W kerana dengan limpah inayah serta keizinannya saya diberi kesempatan untuk hadir bertemu Dato’-Dato’, tuan-tuan dalam Program Konvensyen Melestari Pengurusan Masjid Dan Surau Negeri Selangor.

2. Pada kesempatan ini saya ingin merakam ucapan tahniah dan penghargaan kepada sekalian nazir dan pegawai-pegawai masjid yang telah dilantik untuk sesi 2019-2021. Insya-Allah mulai Julai 2019, pihak MAIS dan JAIS akan mengendalikan pula Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Negeri Selangor untuk sesi tahun 2020-2022.

Dato’-Dato’ / Tuan-Tuan yang dirahmati Allah sekalian

3. Konvensyen pada hari ini menepati hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor yang beriltizam dan terus komited dalam menjunjung prinsip tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti. Kerana itu saya turut terpanggil untuk hadir dalam program yang sangat besar ertinya pada hari ini untuk berkongsi hasrat dan hala tuju Kerajaan Negeri ke arah membudayakan pengurusan masjid dan surau yang berintegriti, lestari dan efisyen.

4

4. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana cita-cita Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan negeri sejajar dengan prinsip Maju Bersama dan terkehadapan sebagai suatu Smart State yang lestari telah mula dibincangkan oleh kepemimpinan masyarakat serta organisasi di peringkat akar umbi.

5. Ini termasuklah agenda untuk mentransformasikan pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor agar lebih dinamik, efektif dan kondusif dalam memberi perkhidmatan kepada ahli kariah. Era globalisasi dan era digital yang sedang dilalui menuntut semua kepemimpinan masjid dan surau untuk melihat cabaran pengurusan masjid dan surau dalam konteks yang lebih luas, terbuka dan dengan fikiran yang positif.

6. Oleh kerana itu, saya ingin menegaskan bahawa pengurusan masjid dan surau perlu ditadbir dengan penuh komitmen dan fokus oleh seluruh ahli jawatankuasa untuk mengangkat institusi masjid dan surau sebagai medium pembangunan ummah.

7. Ke arah ini, jawatankuasa hendaklah memastikan masjid dan surau sentiasa peka dengan tanggungjawab sosial kepada ahli kariah, berdamping dengan semua lapisan masyarakat termasuklah menyantuni golongan kelainan upaya serta merancang program pengimarahan yang bersepadu, konsisten, berjadual dan yang berteraskan “result oriented”. Ini adalah mustahak agar kita merancang program-program yang mempunyai hala tuju dan berdampak tinggi.
5

8. Sebagai sebuah negeri pintar, masjid dan surau merupakan bahagian penting pelaksanaan internet of things sekaligus menjadikan penggunaan kemudahan teknologi “updated” merupakan suatu yang aula. Kemudahan ini boleh digunakan untuk mengemaskini daftar ahli kariah, kemudahan bersedekah, berwakaf dan berinfak, berkongsi program-program ilmu, pengurusan kewangan dan penyampaian maklumat.

9. Sementara itu, penggunaan medium komunikasi yang canggih akan dapat digunakan untuk menyebarkan dakwah Islam kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu jadikanlah ayat 25 Surah Yunus sebagai panduan. Ayat tersebut yang berbunyi:

ٍ يم ِقَتْسُّ م ٍ اط َر ِ ص ٰىَلِ إ ُ اء َشَ ن ي َ ي م ِدْهَيَ و ِم َ السهلَ ِ ارَ د ٰىَلِ و إ ُعْدَ ي ُ اللَّه َ – و

(Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat/aman/salam, dan memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.)

10. Janganlah sesekali kita alpa bahawa Allah menyeru kita kepada Darul Salam, negeri aman tenteram, Islam dan Salam itu berasal dari suatu kata akar yang sama. Pada masa yang sama ingatlah bahawa Ehsan yang terikat kemas dengan Negeri Selangor dan istilah perkataan Hasan atau Keindahan juga dari kata akar yang sama. Kerana itu kesungguhan kita berdakwah mestilah didasari semangat keamanan dan keindahan bukannya kebencian dan perpecahan.
6

Hadirin yang dikasihi sekalian,

11. Kemudahan dan prasarana fizikal masjid perlu dipertingkat agar mampu menggalas fungsi sebagai pusat komuniti setempat dan pusat riadah. Persekitarannya juga menitikberatkan aspek kebersihan dan keindahan yang akan menggamit serta memukau hati jemaah untuk hadir mengimarahkan masjid sebagai rumah kedua para jemaah.

12. Suasana inilah yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh pihak Kerajaan Negeri, MAIS dan JAIS untuk berlaku ledakan serta anjakan transformasi pengurusan masjid dan surau di era baru alaf 21 yang amat mencabar, kompleks dan rencam.

13. Penganjuran konvensyen seperti ini, begitu juga dengan wujudnya Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017, disamping Garis Panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh MAIS dan JAIS adalah untuk memastikan pengurusan masjid dan surau dapat dipimpin untuk mencapai tahap pengurusan masjid lestari yang diharapkan.

Yg. Berbahagia Dato’-Dato’/Tuan-Tuan yang dirahmati Allah sekalian

14. Pada saat dan ketika yang sungguh mencabar ini dimana setengahtengah tempat masyarakat terus berpolimik dan berkonflik disebabkan perbezaan pandangan politik, perbezaan pandangan hukum dan isu-isu khilafiyah, doktrin kumpulan-kumpulan
7

yang difatwakan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan isu-isu keruntuhan etika serta akhlak Muslim. Semua ini menuntut kesabaran serta komitmen tinggi dalam kalangan pegawai-pegawai masjid dan surau untuk melipat gandakan usaha disamping mendukung tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh Allah SWT.

15. Untuk memastikan pengurusan masjid dan surau lestari, penghayatan tadbir urus berintegriti dalam institusi masjid dan surau menjadi lebih penting. Pertama; kerana institusi masjid surau merupakan rumah Allah yang dijamin kemuliaannya disisi Allah. Kedua; Pengurusan Masjid dan surau merupakan cerminan pola kehidupan sesebuah komuniti masyarakat. Ketiga; aura kekuatan, kesungguhan serta keikhlasan para anggota jawatankuasa dalam mengurus masjid akan dirasai oleh denyut nadi masyarakat yang akan mendorong mereka untuk bersama dalam aktiviti masjid. Jika para pentadbir masjid dan suraunya baik maka akan terpancar kehidupan masyarakat yang saling bersatu padu dan saling hormat menghormati. Ketiga, Penegasan serta perintah Allah S.W.T dalam Surah At Taubah Ayat 18 :

َ اة َ ى الزهك َ آت َ و َة َ الصهلَ َ امَقَأَ و ِرِخ ْ الْ ِمْوَيْال َ و ِ اللَّه ِ ب َنَ آم ْنَ م ِ اللَّه َدِ اج َسَ م ُرُمْعَ ا ي َ نهم ِ إ َ ين ِدَتْهُمْ ال َنِ وا م ُ ون ُكَ ن ي َ أ َكِئَٰول ُ أ ٰىَسَعَ ف ۖ َ لَّه اللَّه ِ إ َشْخَ ي ْمَلَ و

8

Maksudnya ; “Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapapun kecuali kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan dan termasuk golongan yang akan mendapat petunjuk”

16. Saya amat mengharapkan agar institusi masjid dan surau terus mampu membingkai muafakat dalam kalangan ummah selain melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada dasar akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

17. Saya juga menggesa agar institusi masjid dan surau mampu melahirkan “ummatan Wasata” iaitu umat yang cemerlang tetapi mengamalkan prinsip kesederhanaan dalam kehidupan mereka. Tidak ekstrim dalam tindak tanduk dan tidak angkuh atau sombong.

18. Sebaliknya menjadi golongan yang ikhlas dalam melaksanakan segala amal maaruf dan kebajikan demi menjunjung prinsip yang ditegaskan oleh Allah SWT iaitu “hayaatun toyyibatun” suatu kehidupan yang baik sebagaimana yang termaktub dalam Surah An Nahlu ayat 97

9

19. Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa Kariah hendaklah bertanggungjawab dengan kelakuan ahli kariah berhubung dengan agama Islam seperti membendung aktiviti tidak bermoral dan memastikan tiada pelanggaran undang-undang syariah dalam kariah masing-masing.

Yg. Berbahagia Dato’-Dato’/Tuan-Tuan yang dirahmati Allah sekalian

20. Sehingga bulan Februari 2019, sebanyak 424 buah masjid, 280 surau solat jumaat dan 1800 buah surau di Negeri Selangor. Dengan jumlah yang saya fikir amat tinggi ini, pastinya khidmat serta kesungguhan serta keikhlasan tuan-tuan amat ditagih bagi memacu pentadbiran masjid dan surau di Negeri Selangor agar lebih lestari , holistik dan cemerlang.

21. Kerajaan Negeri akan terus memberi komitmen kepada MAIS dan JAIS dalam usaha memartabatkan pengurusan masjid di negeri ini. Pada tahun 2015, kerajaan telah meluluskan elaun tambahan sebanyak RM150.00 kepada imam-imam masjid kariah. Kemudian pada tahun 2017 kadar elaun imam dinaikkan sebanyak RM300.00. Ini menjadikan jumlah bayaran elaun imam masjid-masjid kariah yang dibayar oleh Kerajaan negeri berjumlah RM 4,003,200.00.

22. Pada tahun 2017 juga kerajaan negeri telah meluluskan bayaran insentif khas kepada nazir masjid berjumlah RM500.00 dan RM300.00 kepada pengerusi surau. Seterusnya insentif khas kepada siak masjid dan surau sebanyak RM300 pada tahun 2018.
10

23. Semasa pembentangan bajet 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM1 juta untuk menaik taraf 10 buah masjid kariah kepada masjid pengurusan yang akan ditadbir sepenuhnya oleh Pengurus, Penolong Pengurus dan Pembantu Pengurus mulai 1 Julai 2019.

Dato-Dato / Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin berpesan pada diri saya sendiri dan tuan-tuan :

24. Pertama; marilah kita mengikhlaskan niat dalam melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam mengurus Rumah Allah.

25. Kedua; menjadikan integriti dan amalan tadbir urus sebagai nilai utama dalam pekerjaan dan elemen penting dalam pengurusan institusi masjid dan surau bagi memastikan kedua-dua institusi ini terus dihormati oleh masyarakat.

26. Ketiga; meningkatkan iltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk melestari pengurusan Masjid di Negeri Selangor agar hasrat untuk menjadikan masjid dan surau sebagai benteng akidah, perpaduan dan penyatuan ummah akan tercapai.

27. Keempat; menghormati apa jua keputusan , dasar dan hala tuju yang telah ditetapkan oleh MAIS dan JAIS tertutama saranan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam yang sering menitahkan agar masjid hendaklah menjadi zon
11

aman, zon kondusif beribadah, bebas daripada sebarang elemen politik kepartian dan menjadi platform penting penyatuan ummah.

28. Terima kasih, sekali lagi saya ucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan konvensyen pada hari ini. Semoga usaha murni ini akan diberi ganjaran yang sebaik-sebaiknya oleh Allah SWT.

29. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan Konvensyen Melestari Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor Tahun 2019.

Sekian. Wabillahitaufiq Wal Hidayah , Wassalamualaikum Warahmatullhi Wabarokatuh

Ucapan Dato’ MB sempena Konvensyen Melestari Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor